Khamis, 9 Mei 2013

AZMIN KUTUK ANWAR MENGAPA TAK TERIMA KENYATAAN KEKALAHAN PAKATAN PEMBANGKANG !!!!


Azmin dah mula mempersoalkan mengapa Pakatan Pembangkang gagal menuju ke Putrajaya? inilah jawapan Azmin Kerana Anwar sendiri  yang gagal kan?

Jika lihat tweet Azmin, emosinya nampak terganggu.Mengapa? Kenapa agkanya ya dia seakan meroyan kepada Anwar Ibrahim dan punca-puncanya seakan dapat kita ramal kan heeheee? 

Apabila Azmin dah tahu dia tidak akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor biarpun Selangor berjaya dijajah lagi oleh Pakatan Pembangkang. Kerana Anwar Ibrahim perlu mendengar kata-kata DAP setelah DAP menguasai Pakatan Pembangkang.

38 Kerusi menjadikan DAP lebih dominan dalam Pakatan serta menjadikan Anwar sebagai boneka mereka jika Anwar masih mahukan kuasa. Azmin nampak benda ini dan DAP tahu Azmin budak yang susah untuk dikawal.

Sekarang DAP mahukan boneka lama mereka iaitu Khalid Ibrahim untuk jadi Menteri Besar, malahan Khalid juga nama yang diterima oleh Istana. Azmin ditolak mentah-mentah oleh Anwar yang mungkin dahulu sudah berjanji mahu berikan kerusi MB kepada dia.

Sekarang Azmin dah melalak. Apa Anwar nak buat? Berapa ramai DAP dan PAS yang akan jadi Exco di Selangor memandangkan kerusi 15 DAP 15 PAS dan 14 PKR? Siapa yang berkuasa sekarang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan