Jika Anwar dan pembangkang tuduh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu, mengapa kita menerima kekalahan di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dan mereka tidak boleh menerima kekalahan seperti kita menerima kekalahan tiga Negeri Tersebut
Bila (pembangkang) kalah, mereka hasut rakyat dengan tuduhan SPR tipu dan sebagainya sedangkan mereka sendiri gagal tarik sokongan rakyat yang lebih malang tipu mereka ini gagal yakinkan rakyat kerana jelas seleweng dan tak berpaksikan Fakta dan terlalu mudah untuk dijawab,
12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini iaitu Perkasa, Prowaris, Suara Anak Muda 1Malaysia, Perak Peace, Kesatuan Anak Muda Islam Perak, Sekretariat Hal Ehwal Bandar Perak, MAYC, Belia 4B Perak, Graduan Anak Perak, Gerakan Belia Islam Perak, Pemuda UMNO Ipoh Barat dan Pemuda UMNO Ipoh Timur yang mewakili masyarakat pelbagai kaum hari ini membuat laporan polis secara berasingan di Balai Polis Sungai Senam di sini menggesa pihak berkuasa mengekang satu perhimpunan haram membabitkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan malam esok.
Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, laporan tersebut dibuat sebagai bantahan berikutan kebimbangan masyarakat terhadap perhimpunan yang dijadualkan di hadapan pejabat Parti Keadilan Rakyat Perak di Medan Istana di sini.
Katanya, penganjuran perhimpuan itu menimbulkan rasa resah, gelisah dan tidak puas hati masyarakat setempat memandangkan pihak polis sendiri mengesahkan ia tidak mendapat permit seperti disyaratkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kita bimbang mereka akan wujudkan provokasi dan keadaan sedemikian akan menyusahkan rakyat serta mengganggu ketenteraman kawasan sekitar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Menurut Syamsul Baharin, parti-parti pembangkang tidak ada alasan untuk mengadakan perhimpunan sedemikian dan sewajarnya berlapang dada menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.
Bila (pembangkang) kalah, mereka hasut rakyat dengan tuduhan SPR tipu dan sebagainya sedangkan mereka sendiri gagal tarik sokongan rakyat,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan