Rabu, 24 April 2013

VIDEO : LETUPAN IED DI CERAMAH @BarisanNasional NIBUNG TEBAL.... @Dzainalabidin @PDRMsia


Kejadian letupan berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal malam tadi adalah daripada alat letupan rekaan (IED). 
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis percaya bahan letupan IED yang diletakkan dalam longgokan sampah di kawasan ceramah itu adalah perbuatan khianat yang dirancang sekumpulan profesional. 
Polis menemui dua IED dalam longgokan sampah dan percaya ia bertujuan menakutkan orang ramai dan menimbulkan suasana tidak tenteram serta huru hara di kawasan ceramah.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis menubuhkan satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah bagi menyiasat kejadian itu dan mengesan mereka yang terbabit. SUMBER
Sehingga kini pihak Polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap Letupan BOM IED. Dan berikut adalah respon dari Datuk Zainal Abidin mengenai isu ini di laman Twitternya..


Video pemusnahan BOM oleh PDRM semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan