Isnin, 1 April 2013

Ular Terbesar Dunia, Titanoboa Kembali Mengganas !



FLORIDA – Ular terbesar dunia sepanjang 14.63 meter, Titanoboa, muncul kembali untuk tontonan umum.
Institusi Kaji Selidik dan Pusat Pendidikan Smithsonian, Washington merakamkan Titanoboa untuk mengupas persoalan yang sering bermain diminda para saintis.
Smithsonian Channel mempamerkan Titanoboa seberat 1,134 kilogram yang pernah menghuni Bumi 60 juta tahun lalu melalui ukiran asal di Grand Central New York.
Paleontologi, kurator Muzium dan Sejarah Asal Florida, Dr Jonathan Bloch berkata, ular vertebrata itu dipercayai menghuni kawasan hutan hujan sejak zaman Paleosen.
“Titanoboa merupakan pemangsa terbesar atas tanah selepas kepupusan dinasour bagi tempoh sekurang-kurangnya 10 juta tahun atau mungkin lebih lama, jasadnya yang hampir hancur ditemui dalam sebuah lombong di Cerrejon, Colombia bersama fosil penyu dan beberapa ekor buaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan