Sabtu, 6 April 2013

Pihak kuil kena ugut pasang bendera BN


LABIS – Seorang ahli jawatankuasa Kuil Dewa Sri Maha Mariamman Chaah membuat laporan polis semalam selepas menerima ugutan ekoran pemasangan bendera Barisan Nasional (BN) di kawasan rumah ibadat tersebut.


Setiausaha jawatankuasa kuil, P. Govinthan, 33, pihaknya telah memasang bendera BN hasil persetujuan mesyuarat jawatankuasa rumah ibadat itu baru-baru ini untuk menghargai pelbagai bantuan kerajaan bagi pembangunan kuil itu selama ini.
“Surat ugutan telah diterima oleh sami kuil pada pukul 8.00 malam kelmarin dengan kandungan mendesak kami menurunkan bendera BN dalam masa 24 jam atau berdepan dengan tindakan demonstrasi di pekarangan kuil,” katanya.BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan