Selasa, 23 April 2013

Petikan Tun Dr Mahathir Mohamad- Doktor Umum :Saya menyalahkan PAS kerana memecahbelahkan orang Melayu

Saya menyalahkan PAS kerana memecahbelahkan orang Melayu.PAS tidak wujud ketika kami menentang Malayan Union - sewaktu politik belum menjanjikan pulangan kewangan. Tidak ada ura-ura hendak menubuhkan sebuah negara Islam pada masa itu. Semua orang Melayu, termasuk yang tinggi pengajian Islamnya, bersatu sebagai satu bangsa demi menentang ancaman keatas orang Melayu.

Ketika itu, UMNO mempunyai majlis ulamanya sendiri, tetapi mereka kemudian meninggalkan parti. Pada masa itu, politik sudah mula menjanjikan jawatan yang bergaji lumayan dan mereka bimbang kalau-kalau golongan ulama tidak dipilih sebagai calon pilihanraya. Sebelum meninggalkan UMNO dan membentuk PAS, hubungan antara ulama dengan golongan bukan ulama dalam UMNO amat baik kerana semuanya sekata mengenai kepentingan orang Melayu.

Apabila PAS ditubuhkan, perpaduan Melayu berkecai. Hanya selepas meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti sendiri, barulah golongan ulama ini mula menyebut mengenai negara Islam. 

Mereka yang berpendidikan agama melihatnya sebagai satu gimik yang baik, tetapi mereka yang kurang berpelajaran, termakan dengan cakap-cakap negara Islam itu.

Demi mempopularkan perjuangannya, PAS segera memperalatkan lambang yang biasanya dikaitkan dengan Islam seperti warna hijau. Sebagai strategi merapatkan dirinya dengan imaginasi popular orang Melayu terhadap Islam, PAS melabelkan UMNO kafir dan mengisytiharkan UMNO tidak Islam kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam. 

Beberapa tahun kemudian, PAS mengambil keputusan bekerjasama dengan DAP, sebuah parti yang menolak sepenuhnya matlamat negara Islam PAS. Ini adalah hipokrasi PAS yang diperlihatkan tanpa segan silu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan