Sabtu, 13 April 2013

Penyebaran VCD antara 75 kes laporan kesalahan PRU-13 yang disiasat polis

Polis kini memulakan siasatan kes penyebaran VCD aksi seorang lelaki yang menyerupai pemimpin kanan parti pembangkang dengan seorang wanita di Terengganu.


Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisoner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dimulakan mengenai dalang di sebalik penyebaran VCD itu dan siasatan masih di peringkat awal.
Katanya, kes itu disiasat bersama 74 lagi kertas siasatan yang dibuka sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas.
Kebanyakan kes lebih menjurus kepada kesalahan-kesalahan pilihan raya seperti melakukan provokasi, bergaduh, ugut dan mengoyakkan poster parti lawan.
"Kesemua kertas siasatan yang dibuka membabitkan 406 laporan polis yang dibuat sejak 3 April lepas termasuk siasatan penyebaran VCD itu di Terengganu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Beliau berkata, polis memantau sebanyak 480 aktiviti sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijalankan semalam membabitkan 136 ceramah, perjumpaan parti politik (100), lawatan dari rumah ke rumah (13), kempen (38) dan lain-lain aktiviti (196).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan