Ahad, 14 April 2013

PANAS !!!! PAP SINGAPURA MEMBANTU PARTI DAP DI MALAYSIA PADA PRU13 INI ?

1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.


GEMPAR..!! PENDEDAHAN MENGAPA SINGAPURA MENGINTAI MALAYSIA ?

Persoalan demi persoalan timbul kerana dikatakan bahawa antara sebab Singapura sangat berminat dengan politik Malaysia adalah:

1) PAP Singapura perlu pantau KEKUATAN pembangkang kerana takutkan Ideologi Ekstrim PAS terhadap ISLAM.

2) Kestabilan politik di Malaysia menggugat beberapa kepentingan penting Singapura di Malaysia termasuk dari segi ekonomi dan pelaburan.

3) Sememangnya diketahui umum DAP adalah adik kandung kepada PAP. Bila Singapura Keluar dari Malaysia, BUKTINYA PAP ada seorang MP dalam parlimen Malaysia iaitu C V Devan Nair (MP Bangsar) iaitu yang bersama-sama LIM KIT SIANG mengasaskan DAP pada tahun 1967 Keberuntungan DAP dalam Malaysia akan refleks kepada Keberuntungan PAP di Singapura dan Negara Singapura keseluruhannya .

4) Kenyataan Lee Kuan Yew yang berulang ulang kali menyatakan tidak mustahil Singapura akan bersatu dengan Malaysia dengan beberapa syarat ntah ape ape dari Menteri Menttor yang dah nyanyuk itu. Mungkin kita fikir beliau nyanyuk, namun tahukah kita......bahawa :

KERUSI KERAJAAN BARISAN NASIONAL (based on 2008) : 140

KERUSI PARLIMEN PEMBANGKANG MALAYSIA (based on 2008) : 82 kerusi

Dengan pertambahan kerusi Parlimen Singapura sebanyak dibawah :

KERUSI PARLIMEN SINGAPURA : 87 KERUSI

Pembangkang : 82 KERUSI + Kerusi Singapura 87 Kerusi = 169 kerusi berbanding hanya 140 kerusi Barisan Nasional .

Persoalan yang perlu dijawab oleh PAS :

1) DARIPADA 169 kerusi yang dikuasai pembangkang dan PAP nanti, dapat dipastikan bahawa sebanyak 134 kerusi dikuasai DAP dan PAP. (DAP menang 47 kerusi based on 2008 CAMPUR 87 kerusi Parlimen di Singapura yang 90% dikuasai PARTI KIASU PAP! ) . Persoalan: PAS dan PKR bagaimana? Belum letak PKR yang bukan Melayu dan parti-parti dalam Barisan Nasional yang mungkin akan melompat-lompat ?

2) Bagaimanakah nasib Politik Orang-orang Melayu ?
3) Bagaimanakah nasib Agama Islam?
4) Bagaimanakah nasib Raja-raja Melayu?
5) Republik Malaysia tercapai? tiada raja tiada sultan??
6) Beberapa institusi yang perjuangkan nasib Melayu dimansuhkan termasuk memansuhkan Majlis Agama Islam dan Parti yang berasaskan agama seperti PAS sendiri?????!

Perkara ini Membenarkan pendedahan-pendedahan oleh beberapa INDIVIDU Penting dalam DAP bahawa itulah yang dirancang DAP!

Perkara ini boleh dilaksanakan DAP apabila pembangkang (dengan ketidaksedaran PAS dan PKR) menguasai Parlimen 2/3 pada PRU 13 ATAU PRU 14 atau PRU 15 dan sekaligus boleh menggubal perlembagaan Malaysia! Singapura dengan rela (tidak perlu dijemput) akan masuk ke dalam MALAYSIA! Kerana Parti-parti KIASU mereka akan untung! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan