Selasa, 2 April 2013

Kehadiran Wan Azizah Akan Rancakkan Lagi Percakaran Kem Azmin Dan Khalid


KUALA LUMPUR, 2 April – Walaupun pembangkang terutama PKR boleh memberi pelbagai alasan namun mereka tidak mampu menutup kemelut dalaman hebat yang berlaku dalam parti itu yang melibatkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.
Justeru hasrat Presiden PKR, Datim Seri Wan Azizah untuk bertanding di salah satu kawasan DUN Selangor tidak lebih sekadar muslihat bagi memastikan Azmin Ali tidak berleluasa melebarkan pengaruh kuasanya
Mengulas perkara tersebut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata, apa yang jelas kehadiran Wan Azizah ke Selangor membuktikan bahawa kepimpinan PKR di Selangor sudah tidak ada persefahaman dan semangat setiakawan lagi khususnya di antara Tan Sri Khalid dengan Azmin Ali.
“Mereka sebenarnya sedang hebat bercakaran.  Malah tindakan mendiamkan diri kebanyakan pemimpin PKR Selangor khususnya Azmin Ali ketika  Tan Sri Khalid diasak dari segenap penjuru sejak akhir-akhir ini dari rakyat yang menuntut janji-janji pilihan raya umum yang lalu dilihat sebagai tanda wujudnya kumpulan-kumpulan tertentu yang bertujuan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sendiri.
“Sudah menjadi rahsia umum betapa hubungan dingin antara Wan Azizah dan Azmin sudah berlarutan sekian lama. Jadi tindakan membawa Wan Azizah untuk bertanding di salah satu kerusi DUN di Selangor tidak lebih sekadar satu usaha terancang bagi menahan kemaraan Azmin”, katanya
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang turut percaya di pihak Azmin sendiri tidak akan memberi laluan mudah untuk Wan Azizah bertapak di Selangor.
“Kita akan lihat satu drama yang menarik di antara kedua-dua pihak.  Dan tidak mustahil akan berlaku perbuatan sabotaj kerana PKR adalah parti yang dianggotai oleh mereka yang bercita-cita besar serta golongan yang kecewa dalam perjuangan mereka sebelum ini.
“Biarlah mereka seperti luncai terjun dengan labu-labunya dan kita yakin rakyat terutama di negeri ini belum buta dan tidak mudah diperbodohkan oleh pakatan yang terkenal dengan siri pembohongannya itu” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan