Khamis, 4 April 2013

JAWAPAN UNTUK FB INBOX SUDIRMAN USMAN YG TERTIPU DENGAN KETAKSUPAN PAS

FB NIK AZIZ DAH FITNAH UTUSAN PENIPU LPS TU TAMBAH LAGI SATU DOSA TUDUH UTUSAN KELUARKAN KEPUTUSAN NO.MNA ADA TAU..

ANTARA PENYOKONG PAS YANG TERTIPU DENGAN FITNAH FB NIK AZIZ
BERHUBUNG KONONNYA UTUSAN PEMFITNAH KLICK UNTUK JAWAPAN UTUSAN

Sudirman Usman

Dahsyatnya Fitnah Utusan Malaysia Terhadap Syarikat Global Ikhwan Sdn.Bhd.
Salam ceria.

Menjaga lidah dari terlibat dengan dosa adalah susah kecuali bagi mereka yang Allah bantu atau mudahkan. Sebab itu Rasulullah SAW kaitkan keimanan seseorang dengan Allah dan dan hari pembalasan sahaja yang boleh menghentikan dirinya dari kejahatan lidah.
Sabda Nabi SAW:
مَن كانَ يؤمِنُ باللهِ واليَومِ الآخِر فلْيَقُل خَيرًا أو لِيَصْمُت »
Terjemahannya, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari pembalasan, maka hendaklah berkata yang baik-baik atau hendaklah dia diam.”
Diantara dosa lidah yang sangat merbahaya dan memberi kesan yang terlalu negatif kepada keutuhan sesuatu masyarakat ialah fitnah dan mengadu domba. Iaitu menceritakan atau menyebarkan berita mengenai sesuatu perkara kepada 2 pihak atau beberapa pihak atau ke tengah masyarakat sedangkan ia tidak benar hingga menimbulkan keresahan, ketakutan, perbalahan, permusuhan, perpecahan, huru hara malah boleh mengakibatkan peperangan.
Kerosakan dari fitnah yang jahat ini telah lama berlaku di dalam sejarah kemanusiaan. Sejarah Islam mencatatkan peristiwa sedih, bagaimana isteri Rasulullah SAW sendiri difitnah oleh orang-orang yahudi dan munafik. Begitu jugalah berlaku di sepanjang zaman. Selagi manusia tidak takutkan Tuhan lalu Allah menjaganya dari kehendak nafsu dan bisikan syaitan.
Di zaman dunia serba canggih ini, kejahatan dan maksiat juga canggih seiring dengan kemodenan. Jika fitnah yang dahulunya tersebar dari mulut ke mulut pun melahirkan kerosakan di dalam masyarakat, betapa lagi bila ia tersebar di internet. Contohnya, apa yang di hadapi oleh Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd. Bilamana Bonda Ummu Jah dan 95 orang yang lain, ditahan oleh pihak berkuasa Saudi dengan tuduhan mengamalkan ritual keagamaan yang melanggar syara’, maka tanpa usul periksa akhbar Utusan Malaysia terus mengaitkannya dengan jemaah Al Arqam dan kesesatan. Tak cukup dengan itu, ditambah dengan fitnah yang menimbulkan keresahan dan sangka buruk di kalangan masyarakat terhadap GISB seperti:
1. Mengada-adakan amalan haji sendiri di perkampungan mereka tidak sama seperti umat Islam yang lain.
2. Menjadikan tandas tempat melontar jamrah tanpa pergi ke Mina.
Semua ini adalah fitnah semata-mata, sedangkan realitinya di musim haji yang lalu team Haji GISBlah yang mengiringi dan membimbing jemaah Haji Sohibus Samahah Datuk Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus dalam menunaikan rukun Islam ke lima ini di Mekah Al Mukarramah. Team Haji GISB juga menunaikan Badal Haji untuk orang kenamaan Malaysia (tidak perlu disebut nama mereka di sini) atas permintaan mereka sendiri.
Mengapa pihak Utusan Malaysia tidak menyelidik, bertanya kepada mereka yang berkenaan, termasuk rombongan Datuk Mufti, adakah mereka diajak melontar jamrah di tandas seperti yang didakwa?
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Apa yang berlaku ialah staf GISB melontar jamrah (bukan di Mina seperti yang disebut) adalah semata-mata latihan mengerjakan haji dan ia berlaku di seluruh zon-zon GISB satu dunia. Ini adalah kerana semua staf GISB bercita-cita ingin menunaikan ibadah Haji, sama seperti umat Islam yang lain. Demi menghayati segala rukun dan wajib haji, maka latihannya dibuat secara praktikal sepenuh hati lengkap berihram, wuquf, mabit, melontar, tawaf, saie dll, walaupun mereka di Kedah, Selangor, Pekan Baru, Perth, London, Bangkok, Irbid, Kaherah atau di mana-mana zon GISB.
Maka saya menyeru kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan pengarang artikel
‘Al-Arqam didakwa bina perkampungan di Mekah’ agar takutkan Tuhan dan hentikan fitnah. Bertaubatlah dan jelaskan semula kepada masyarakat apa sebenarnya berlaku.
Ini adalah kerana ancaman Allah terhadap pembawa fitnah amat dahsyat. Kalau di dunia, kita masih boleh mengelak dari hukuman dengan berbagai taktik dan cara tetapi tidak di depan Allah.
ANCAMAN TERHADAP PENFITNAH
1. Penfitnah lebih jahat dari pembunuh
Firman Allah:
والفتنةُ أشدُّ من القتلِ
Ertinya: “Dan fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan.”
(Al-Baqarah:191)
Allah sendiri menegaskan bahawa fitnah itu lebih berat dari pembunuhan. Lebih besar kemudaratannya dari pembunuhan. Maka Penfitnah adalah lebih jahat dari pembunuh. Sedangkan pembunuh sendiri berhadapan dengan hukuman qisas, bunuh balas bunuh. Beratnya dosa membunuh di sisi Allah kerana menghilangkan nyawa seseorang. Maka penfitnah adalah lebih berat dari itu. Ia merosakkan perpaduan dan ketenangan dalam masyarakat, malah boleh mengakibatkan permusuhan, huru hara dan peperangan.
2. Tidak Masuk Syurga
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Ertinya penyebar fitnah bakal menjadi penghuni neraka. Mampukah kita disiksa dengan api yang membakar, cairan besi, pukulan malaikat yang sangat bengis akibat perbuatan kita di dunia? Manalah kita mampu, lapar sedikit pun tak mampu. Di dalam bilik tanpa kipas atau aircond pun mengeluh, inikan pula di neraka.
3.Diberi gelaran “Manusia Terburuk”
Rasulullah SAW mengelarkan penfitnah sebagai seburuk-buruk manusia. Baginda bersabda,
”Inginkah kalian aku beritahu manusia terburuk di antara kalian?”
Para sahabat menjawab: “Ya”. Baginda SAW bersabda,
”Iaitu orang-orang yang ke sana ke mari menyebar fitnah, yang memecah belah di antara orang yang saling mencintai dan meniupkan aib kepada orang-orang yang tidak berdosa/bersalah”. (Ahmad).
4. Disiksa di alam kubur
Suatu ketika Rasulullah saw melewati dua kuburan, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya keduanya sekarang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana melakukan dosa besar (pada pandangan mereka tidak besar). Adapun salah seorang dari keduanya , dulunya berjalan (ke sana ke mari) menyebar fitnah. Sedangkan yang satunya tidak benar-benar menyucikan diri setelah buang air kecil.” (Bukhari dan Muslim).
5. Dihumban ke neraka
Sepatutnya, sekiranya sesuatu berita yang diterima belum diketahui kebenarannya, maka jangan kita membicara atau menyebarkannya. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat”. (Muslim).
6. Dosa Sukar Terampun
Dosa fitnah adalah dosa sesama manusia. Maka syarat bertaubatnya kena memohon maaf dari semua orang yang mempunyai hak. Dalam isu ini, seluruh ahli GISB mempunyai hak. Mereka difitnah. Maruah mereka dijatuhkan. Adakah mampu pihak UM memohon maaf daripada 4500 orang ahli GISB seluruh dunia?
Firman Allah SAW yang bermaksud, “Dan jagalah diri kamu daripada berlaku dosa yang membawa kepada bencana fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus (bahkan akan menimpa kamu secara umumnya ) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya.”
(Surah Al-Anfaal: 25)
Oleh itu, marilah kita takutkan Allah. Tuhan yang Maha Berkuasa. Tuhan yang boleh lakukan apa sahaja. KuasaNya mutlak. Moga semua kita sempat bertaubat sebelum kematian menjemput kita.
Al Taj Hotel, Misfalah.
9.35pm, Apr 2, 2013.
DAN INI JAWAPAN ADMIN PADA SUDIRMAN USMAN DLM INBOX ITU
jahat yer org yg buat fitnah dah la buat fitnah lps tu tuduh utusan ada kluarkan keputusan no ekor walhal mana ada keputusan no dlm utusan lepas tu tuduh pulak utusan penipu walhal video budak tu ada tersiar bila la pok nik ni nak bertaubat masyaallah kalimah allah dah la digadai anwar hari ni tegaskan lagi adoiiii memang betul tindakan persatuan pondok2 kelantan tinggalkan pas buktinya mlm tadi ribuan org dtg ceramah itu adoiii apa nak jadi ngn pas ni terus buat fitnah...orang mcm awak ni man yg tak tau menyelidik sering kena tipu kesian ko nihttp://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/04/utusan-jawab-fitnah-fb-nik-aziz.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan