ADMIN @PM
Rakyat Wajib diseru supaya menilai setiap fakta yang disogokkan kepada mereka supaya tidak menjadi pengikut parti politik fanatik yang hanya bersandarkan fitnah perkara itu penting kerana bagi membina sebuah negara demokrasi yang matang, mereka tidak boleh melakukan kesilapan memilih pemimpin yang hanya pandai menabur fitnah.
rakyat sebaliknya perlu memilih parti yang mampu membawa negara dan negeri Kelantan kepada era yang lebih baik berbanding apa yang ada sekarang.
“Bagi BN seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, kita telah membuat yang terbaik untuk rakyat selama lima tahun kita mentadbir negara ini. Empat tahun Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin kita, banyak perubahan yang di lakukan.
Saya mengharapkan supaya rakyat Kelantan menilai semua ini sebagai satu faktor utama dalam menentukan pemilihan pada pilihan raya ini. Apapun saya berharap kita semua akan bertindak dengan bertanggungjawab,”Barisan Nasional (BN) perlu memenangi hati pengundi atas pagar jika ingin mendapat kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.pengundi atas pagar kali ini merupakan pengundi kali pertama dan mereka membentuk 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.
dalam kelompok pengundi kali pertama ini, mereka yang berada di atas pagar membentuk 20 hingga 30 peratus.
“Mereka ini merupakan mereka yang berpendidikan tinggi, berfikiran terbuka serta peka kepada akses internet dan membuat keputusan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh sesuatu pihak.
“Jadi sekiranya BN ingin mendapat kemenangan yang selesa, maka mereka perlu berusaha keras untuk mendapat undi golongan ini kerana mereka boleh menentukan kemenangan BN,”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan