Khamis, 11 April 2013

Banjir Sekitar Kuala Lumpur ,Jalan Sesak Semalam..12 GAMBAR Beratus-Ratus Kenderaan Tenggelam



Kuala Lumpur: Hujan lebat hampir sejam menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat termasuk empat kereta ditenggelami air di Jalan Raja Chulan, di sini, petang semalam.
Kampung Laksamana, Batu Caves, Selangor, turut mengalami banjir kilat hingga air mencecah satu meter sebelum keadaan kembali pulih sejam kemudian. Berikutan banjir kilat, hampir kebanyakan laluan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya mula menerima beberapa panggilan bermula jam 5.55 petang memaklumkan beberapa lokasi mengalami banjir kilat.
Katanya, antara lokasi terbabit ialah Titiwangsa, Kampung Baru, Jalan Rumbia dan Maharajalela di Bukit Bintang, sekitar Kompleks Wilayah Dang Wangi, Jalan Padang Tembak dan Jalan Semarak serta Jalan Raja Chulan.
“Lokasi paling teruk ialah Jalan Raja Chulan sehingga menyebabkan empat kereta yang diletakkan di bahu jalan ditenggelami air sehingga paras tingkap,” katanya.
Gambar di bawah di petik dari laman2 Sosial..
558467_576270225724967_1780994976_n
pix_gal1
561460_576342619051061_1076422534_n
524856_576302702388386_179713630_n
JalanTunRazak_Banjir2
 banjir kl
ORIENTAL
ORIENTAL
pix_middle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan