Isnin, 22 April 2013

Anwar Terkejut Cahaya Bulan Dari Langit Di Kuala Selangor



Kuala Selangor satu ceramah Pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang hanya dihadiri tidak sampai 1000 orang penonton penuh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pada Umno Barisan Nasional,

Ceramah yang dihadiri tidak sampai seribu orng itu kelihatan hambar apabila isu yang disampaikan Anwar hanyalah cerita yang biasa didengar dalam ceramah-ceramah fitnah dan hasutannya selama ini.

Pembohongan yang paling bodoh Anwar bawakan kali ini ialah mengatakan Manikavasagam yang dulunya Ahli Parlimen Kapar adalah calon yang sangat baik hinggakan orang Kapar tidak mahu melepaskannya.

Apakah jenis pembohongan ini?.. Semua orang tahu Manikavasagam ditolak sepenuhnya oleh orang Kapar dan yang paling jelas tanpa perlu dipertikakan ialah Manikavasagam hanyalah kambing hitam sebagai calon di DUN Melawati.

Kepimpinan PKR yang meluat melihatnya hanya mahu membunuh Manikavasagam dengan meletakkanya bertanding di DUN Melawati menentang Jakiran Jacomah.

Jakiran Jacomah bukan sebarang orang di DUN Melawati, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa engambil berat masalah penduduk di DUN Melawati ketika beliau menjadi Penyelaras DUN beberapa tahun lepas.baca seterusnya di DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan