Isnin, 4 Mac 2013

‘Tak pernah pegang wang sebanyak ini’


Kota Bharu: Pemberian BR1M berjumlah RM500 dirasakan terlalu besar dan begitu bernilai bagi mereka yang pendapatannya tidak menentu.
Bagi nelayan di Kampung Pulau Gajah dekat Pantai Sabak, di sini, bantuan berkenaan mampu meringankan beban kehidupan mereka yang mencari rezeki bergelumang dengan laut setiap hari.
AJARAN NIK AZIZ ;CAI2 PAS SANGGUP MENGHINA GOLONGAN SEAGAMANYA DENGAN MENGEDIT GAMBAR PENERIMA BRIM DENGAN BERKEPALA LEMBU MASYAALLAH...!!!!

Malik Samat, 55, nelayan yang bekerja sebagai awak-awak kapal laut dalam sejak lebih 40 tahun lalu berkata, dia tidak pernah memiliki wang tunai sebanyak RM500 sekali gus sebelum ini kerana pendapatannya tidak menentu.
Katanya, dia hanya memperoleh pendapatan antara RM30 dan RM50 hasil bekerja sebagai awak-awak.

“Ketika menerima BR1M kali pertama Mac tahun lalu, RM500 itu saya gunakan untuk kenduri menyambut menantu sulung.

“Wang itu benar-benar menyelesaikan masalah saya yang tiada wang untuk mengadakan kenduri, manakala BR1M kali kedua yang saya terima minggu lalu, RM150 diberi kepada isteri dan selebihnya disimpan untuk membaiki motosikal yang hampir rosak,” katanya.
Nelayan dari Kampung Pantai Sabak, Hafni Mohd Noor, 40, pula berkata, dia bersyukur kerana menerima BR1M untuk orang bujang sebanyak RM250 manakala ayahnya, Mohd Noor Taib, 70, menerima RM500.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan