Selasa, 19 Mac 2013

Selangor paling tinggi terima pembiayaan PTPTN

SHAH ALAM: Selangor adalah negeri paling tinggi menerima pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), berbanding negeri lain. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sehingga 28 Februari tahun ini, seramai 28,605 pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) menerima peruntukan ini, membabitkan peruntukan RM952.8 juta, manakala seramai 14,527 pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menerima pinjaman PTPTN, membabitkan peruntukan RM403.4 juta. 


Beliau berkata, pemberian pinjaman itu membuktikan kepentingan PTPTN terhadap keperluan pelajar untuk menyambung pengajian dan Kerajaan Pusat tidak pernah mengambil kira status sesebuah institusi pengajian tinggi terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan