Jumaat, 22 Mac 2013

[POLITIK] CALON BARISAN NASIONAL SUDAH SELESAI, DAN TARIKH PEMBUBARAN AKAN DIBUAT TIDAK LAMA LAGI ?


Sumber yang diperolehi memaklumkan bahawa Barisan Nasional yang diterajui oleh pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah siap senarai terakhir calon-calon yang bakal diturunkan menjelang pilihanraya umum ketiga belas (PRU13) nanti.

Namun begitu, sumber turut memberitahu bahawa kurang dari sepuluh peratus kawasan atau kerusi yang mengalami kesulitan atau pada tahap kritikal dan punca utama yang dikenal pasti adalah soal perebutan antara beberapa nama berpengaruh kawasan-kawasan tersebut yang mahu dicalonkan dalam PRU13 nanti.

Tidak dimaklumkan kawasan manakah yang terlibat namun dikhabarkan bahawa Najib Tun Razak sudah pun punyai formula bagi mengatasi kemelut ini.

Desas desus yang bertiup kuat adalah pembubaran dewan parlimen akan dibuat dalam waktu yang terdekat ini.

Namun, tarikh sebenar penamaan calon dan pembuangan undi masih tidak diketahui dan ianya adalah kuasa prerogatif Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mengumumkannya setelah perkenan oleh ketua eksekutif negara, DYMM Yang di-Pertuan Agung.

Sementara itu, eksibisi Langkawi International Maritime & Air Malaysia (LIMA) akan bermula 26 haribulan ini dan mesyuarat kabinet jemaah menteri dijadualkan akan berlangsung di sana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan