Jumaat, 1 Mac 2013

PLUS menegaskan jejambat tersebut tidak pernah diberikan kepada pihak pengendali lebuh raya tersebut dan masih dibawah bidang kuasa PKNS.























Dalam satu kenyataan semalam, PLUS menegaskan jejambat tersebut tidak pernah diberikan kepada pihak pengendali lebuh raya tersebut dan masih dibawah bidang kuasa PKNS.
Jejambat itu runtuh jam 12.30 tengah hari semalam dan kelihatan terbelah dua, menyebabkan paip yang menyalurkan air juga pecah.
Jejambat tersebut ialah susur keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) menuju Selangor Science Park 2 (SSP2).
Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009. Empat peneraju projek ini — PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.
Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan