Jumaat, 22 Mac 2013

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SHUTTLE UNTUK ORANG AWAM:


Sempena Sambutan Hari Polis ke-206 tahun, PDRM mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama menyaksikan upacara tersebut yang akan berlangsung di PULAPOL Kuala Lumpur pada Isnin, 25 Mac ini.

Untuk itu, PDRM menyediakan perkhidmatan pengangkutan shuttle di beberapa lokasi sekitar ibu negara. Kenderaan akan berada di lokasi yang ditetapkan bermula pada jam 6.30 pagi dan akan bertolak ke PULAPOL Kuala Lumpur pada jam 7.15 pagi.

Lokasi-lokasi yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Di hadapan Kompleks Beli Belah Pavillion, Bukit Bintang
Kemudahan: Sebuah bas dan sebuah van.

2.Di hadapan bangunan Maybank, Pudu Raya
Kemudahan: 2 buah van

3. Di hadapan pondok polis, KL Sentral
Kemudahan: Sebuah bas dan sebuah van

4. Berhampiran pondok polis, Central Market
Kemudahan: 2 buah van

5. Di hadapan Hotel Nikko, Ampang Park
Kemudahan: 2 buah van

6. Perumahan Polis (Desa Aman 1&2)
Kemudahan: Sebuah bas dan 2 buah van

7. Di hadapan Kelompok Cempaka, Perumahan Polis Keramat Wangsa
Kemudahan: Sebuah bas

8. Di hadapan flat Perumahan Polis Desa Baiduri
Kemudahan: Sebuah bas dan 2 buah van

9. Perumahan Polis Bukit Aman (Menara 1)
Kemudahan: 2 buah van

*Trip pengangkutan shuttle untuk perjalanan pergi dan balik ke PULAPOL Kuala Lumpur dibuat SEKALI SAHAJA.

**Orang awam juga boleh membawa kenderaan sendiri untuk ke PULAPOL Kuala Lumpur dan tempat letak kenderaan akan disediakan di Padang Ragbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan