Khamis, 21 Mac 2013

Pengganas SemakinTertekan

Breaking News: Ops Daulat Lahad Datu
21.03.2013 Khamis 11.00pagi.

Ops Daulat diteruskan di Kg Tanjung Batu hari ini & pemburuan pengganas secara intensif sedang dilakukan. Semalam 20.03.2013 Rabu jam 11.30 pagi, berlaku pertemputan antara pengganas dengan Pasukan Keselamatan dimana seorang anggota ATM tercedera, namun kini stabil. Jam 14.00 hrs semalam juga berlaku satu lagi pertempuran antara Pasukan Keselamatan dengan pengganas, dimana seorang pengganas berjaya dibunuh & seorang lagi pengganas wanita berjaya ditangkap. Dua mayat pengganas lagi berjaya dibawa keluar 

Kenali "Adnan" Yang Bakal Kuburkan Pengganas Kiram III !! No Mercy !


Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia terutama mereka yang berpeluang berkhidmat mengendalikannya. Kor Amor DiRaja diamanahkan menggunakan kenderaan ACV-300S Adnan yang dilesenkan pengeluarannya oleh FNSS dan dipasang oleh Deftech di Pekan.

 
Kereta Kebal ACV-300S Adnan

 
Spesifikasi


Sejarah ACV-300S Adnan
ACV-300 asalnya dibangunkan oleh FNSS bagi memenuhi kehendak angkatan tentera Turki. Unit pertama dikeluarkan pada tahun 1992. Model asas ini dilengkapi dengan turet krew tunggal, senjata meriam penembak 25mm dan mesingun 7.62mm co-axial. Pembangunan model terbaru dari FNSS Defense Systems dengan menambah jumlah roda pemutar. Pertambahan ini membantu meningkatkan jumlah bebanan yang dibawa dengan jarak yang lebih jauh. 

Kenderaan ini adalah amphibi sepenuhnya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi dan kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap. Sebanyak 1,698 (tambahan 665 unit) telah dimiliki oleh Turki dan Emiriyah Arab Bersatu telah menerima sebanyak 136 unit. Malaysia pula telah memesan dan menerima sebanyak 211 unit (tambahan 48 unit) ACV-300 dalam pelbagai versi.

Versi ACV-300 Malaysia dibangun dan dihasilkan melalui kerjasama antara FNSS dan Syarikat DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech) milik syarikat tempatan. ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai Adnan, bersempena Adnan bin Saidi, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II. Semua kelainan dikilangkan di Pekan, Pahang.


  
Kereta Kebal ACV-300S Adnan setiba di Lahad Datu, Sabah di sambut meriah rakyat tempatan 
FOTO: Bernama

ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Juga dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan.

ACV-300 Adnan juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran leser LWD Avimo, penembak grenet Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan