Sabtu, 30 Mac 2013

Pantau cubaan cetus huru-hara sewaktu PRU-13


KOTA KINABALU — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak keselamatan sedang memantau dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sambil menekankan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan ketegangan, katanya, beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.
“Malah ketua-ketua polis negeri telah dipanggil untuk memastikan ia (sekiranya huru-hara berlaku) dapat ditangani dengan baik.
“Apa yang penting ialah kita membuat persediaan rapi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan