Selasa, 26 Mac 2013

PANAS! @ RAFIZIRAMLI TERLEPAS CAKAP. RAHSIA GELAP ANWAR TERBONGKAR.

Sebelum ini didedahkan bagaimana Rafizi silap percaturan menuduh UMNO dan Tun Mahathir menjadi dalang Azzimudie Kiram menjadi rakyat Malaysia dan warganegeri Sabah pada tahun 1975 di sini :


Sebagai ulangan, pada tahun 1975, Tun Dr. Mahathir hanyalah seorang Menteri Pelajaran (dari tahun 1974-1978). Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai Senator (1973) selepas kemasukan kembali beliau dalam UMNO pada tahun 1972. Pembaca harus mengikuti sejarah hidup Tun Mahathir untuk memastikan anda tidak ditipu oleh Rafizi yang buta sejarah.

Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Menteri Pelajaran tahun 1974-1978

UMNO pula memasuki Sabah pada tahun 1991. Pada 15 Julai 1975, Naib Presiden USNO, Haris Salleh dan Tun Fuad menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Tun Fuad (nama baru Donald Stephens yang memeluk Islam pada tahun 1971) kemudiannya meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri untuk memimpin BERJAYA. Ketika itu parti yang kuat di Sabah adalah USNO di bawah kepimpinan Tun Mustapha. Namun setelah wujudnya BERJAYA, pada pilihan raya negeri bulan April 1976, USNO memperoleh 20 kerusi dan BERJAYA mendapat 28 kerusi dan Tun Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah kali ke-2. Jadi tak tahulah dari buku sejarah mana Rafizi baca sehingga dia boleh mengaitkan UMNO dengan Azzimudie pada tahun 1975.

Itu baru permulaan. Oleh kerana Rafizi Ramli mengimbau sejarah tahun 1974-1975, JOM KITA berberkongsi sama-sama, SIAPA SEBENARNYA MUSUH NEGARA PADA TAHUN TERSEBUT. Bukan Azzimudie "kerana dia adalah ADO" ketika itu.
Jika disemak dalam sejarah negara, peristiwa besar berlaku pada tahun tersebut adalah DEMONSTRASI BALING TAHUN 1974. Siapa dalang dalam demonstrasi tersebut? Cuba tengok gambar di bawah.

Cuba teka siapa TAIKO dalam gambar ITU?

ITUlah dalang yang mengkucar-kacirkan negara sejak tahun 70an lagi. Lebih hina lagi, dalang TERSEBUT menceritakan bahawa penduduk mati kelaparan kerana Kerajaan gagal membela nasib rakyat. Apabila disiasat oleh Zainuddin Maidin (wartawan Utusan Melayu ketika itu) ternyata kematian tersebut hanya fitnah semata-mata untuk membuatkan pelajar universiti marah kepada Kerajaan.

Berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan pada 5/6/7 Januari 1975, setelah dijalankan operasi di sekitar daerah Baling hingga ke pendalaman Kampung Weng Dalam dan TanjungPari, tidak terdapat seorang pun rakyat Baling mati kebuluran. Penolong Pegawai Perubatan Daerah Baling Dr Tan Ah Hock dalam laporannya mengakui memang ada faktor kemiskinan dikalangan rakyat tetapi untuk sampai ke tahap mati kebuluran dia menafikan dakwaan tersebut.

Jadi apa kaitan demonstrasi BALING dengan Tun Mahathir sebagai Menteri Pelajaran dalam permulaan artikel? Untuk makluman pembaca, Tun Dr. Mahathirlah pemimpin yang ditugaskan untuk menyiasat DEMONSTRASI BALING oleh Tun Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu. Ini kerana ketika itu belum ada Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti dan Kolej Universiti terletak di bawah portfolio yang dijaga oleh Tun Mahathir.

Bila kita membaca berita-berita tahun 1975, kita kena kaji sejarah tahun tersebut. Jangan jadi macam Rafizi Ramli yang belajar sampai luar negara. Tetapi bila dapat dokumen tahun 1975, terus tuduh Tun Mahathir dan UMNO yang bersalah. Sedangkan ketika itu Tun Mahathir sedang sarat memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah kekacauan, rusuhan dan demonstrasi yang ditimbulkan oleh dalang bernama Anwar Ibrahim.

Diharapkan info ini dapat dipanjang-panjangkan supaya lebih ramai rakyat tahu hakikat sebenar dan siapakah manusia bernama ANWAR BIN IBRAHIM!

*Sebar-sebarkan. Kalau boleh tanya balik Rafizi apa yang berlaku tahun 1975 dan siapakah musuh negara ketika itu? Adakah Azzimudie Kiram atau orang yang menfitnah Kerajaan bahawa rakyat Baling mati kebuluran?

Info selanjuntya di pautan ini.:
http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2013/03/panas-rafiziramli-terlepas-cakap-rahsia_22.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan