Selasa, 5 Mac 2013

Lokman: Saya pernah jadi penasihat Sultan Sulu sebenar, bukan palsu

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik sultan sebenar atau sultan palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihan raya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jeferry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak kesultanan Sulu palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu," kata bekas pemimpin PKR ini.


CERITAPENUH;

 Lokman Adam: Saya penasihat Sultan Sulu sebenar, bukan palsu
Kad pengenalan yang dicetak oleh Lokman Adam sekitar tahun 2005, yang menjadi tumpuan media sosial hari ini.
SHAH ALAM - Exco Pergerakan Pemuda Umno, Lokman Adam menafikan dakwaan yang disebarkan menerusi laman sosial bahawa beliau merupakan penasihat kepada Sultan Sulu yang "palsu", yang menjadi perhatian di sebalik isu pencerobohan sekumpulan rakyat dari selatan Filipina ke Sabah.

"Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati sultan palsu yang menyerang negara kita hari ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lokman berkata, tohmahan ini ternyata langkah terdesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, Nur Misuari dan pertemuan Datuk Dr Jeffry Kitingan (Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah, dengan Raja Muda Sulu yang "palsu" terbongkar.

Bagaimanapun, Lokman mengakui pernah  dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar iaitu Sultan Roodinood, anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.

"Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan kerajaan Malaysia.

"Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar, kini Pengerusi Spad dan Ahli Parlimen Kota Tinggi.

"Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai Umno semula. Inilah antara punca saya menyertai Umno pada tahun 2007.  Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau," kata beliau.

Lokman berkata, sepanjang tempoh  mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu, tempat 'sultan palsu'.

"Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik sultan sebenar atau sultan palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

"Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihan raya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jeferry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak kesultanan Sulu palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu," kata bekas pemimpin PKR ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan