Salah taip bukti Guan Eng tidak ‘CAT’
GEORGETOWN - Alasan salah taip yang diberikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika mempertahankan kenaikan kos projek mega tidak mencerminkan sikap cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang sering dilaungkannya.
Bukan itu sahaja, malah alasan berkenaan dianggap sebagai lucu dan tidak masuk akal yang pernah dilakukan Guan Eng selama ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan BN Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, sebagai seorang akauntan, Guan Eng tidak seharusnya lalai sehingga melakukan kesilapan yang membabitkan duit kerajaan terutama projek bernilai berbilion ringgit.
“Alasan yang diberikan Guan Eng itu tidak masuk akal dan ia adalah lawak terbesar yang dia (Guan Eng) pernah lakukan.
“Bagaimana kesilapan itu boleh dilakukan sedangkan ia melibatkan projek berbilion ringgit dan membabitkan perjanjian dengan syarikat antarabangsa. Kita harap Guan Eng hentikan permainan politiknya dan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Penerangan Pemuda BN Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng.
Cheng Liang turut menggesa Guan Eng menjelaskan bagaimana salah taip itu boleh berlaku untuk mempertahankan kredibiliti kerajaan negeri dan nama baik Pulau Pinang.
Rabu lalu, Guan Eng ketika diminta menjelaskan dakwaan Pemuda BN berkata, berlaku masalah ‘silap taip’ dalam pengumumannya mengenai peningkatan kos RM2.2 bilion bagi pembinaan projek terowong dasar laut yang sebelum ini dilaporkan hanya RM4.08 bilion dan terkini berjumlah RM6.3 bilion.
Sementara itu, mengulas cadangan kerajaan negeri yang mahu membina terowong dasar laut, Cheng Liang berkata, cadangan itu bukan sahaja akan menjejaskan industri perkapalan malah ekonomi negeri.
“Kini pelaburan asing kian merosot dan cadangan kerajaan negeri ini akan terus mematikan sektor perindustrian di negeri ini yang akan langsung memberi kesan kepada peluang pekerjaan.
“Kita lihat projek ini hanya sebagai gimik politik Guan Eng kerana ia langsung tidak mempunyai pelan perancangan yang jelas,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan