Rabu, 27 Mac 2013

KHALED TAK HABIS2 NAK BUBAR DUN HEEHEE TAK SABAR2 NAK KALAH KE ?


Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa sepertimana Selangor.

“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah.
Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak," kata Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan Pas dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan Pusat.

Sementara itu, Anwar yang ditanya tempoh masa yang akan diambil untuk perbincangan berkenaan berkata, pihaknya tidak menentukan sebarang tempoh masa.Sekarang kita bincang dahulu," katanya.


Artikel Penuh: SOS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan