Sabtu, 2 Mac 2013

Keluarga Kpl Azman bersyukur, lega


SANDAKAN — Selama beberapa jam semalam, anggota keluarga Koperal Azman Ampong, 39, diselubungi kebimbangan berhubung keselamatan anggota komando polis itu.
Mereka akhirnya menarik nafas lega apabila Azman sendiri menghubungi mereka memaklumkan bahawa beliau hanya cedera dalam insiden tembakan dekat Lahad Datu awal sebelum itu antara anggota komando polis dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu dari Filipina.
Ibu mentua Azman, Nurni Rais, 60, amat bersyukur apabila menerima berita menantunya yang disangka terkorban hanya mengalami kecederaan pada kira-kira pukul 10.15 malam tadi.
"Sebelum waktu solat Jumaat, kami menerima khabar daripada isteri Azman yang mengatakan suaminya cedera dalam pertempuran, sebelah petang sebelum Maghrib terdapat pihak tertentu dalam laman sosial Facebook mengatakan Azman telah meninggal dunia.
"Kami sekeluarga bertambah cemas apabila sebuah stesen televisyen melaporkan khabar buruk yang sama pada petang itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tinosa 2 di sini, hari ini.
Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.
Seorang lagi anggota komando polis Konstabel Mohamad Qaiyum”aiqal Zolkifli, 22, yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dirawat di Hospital Sandakan.
Azman yang berasal dari Semporna, Sabah mempunyai empat anak mengalami kecederaan di bahagian punggung, belakang dan paha.
Dua anggota keselamatan Malaysia terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh dalam insiden serangan terhadap anggota keselamatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam


Artikel Penuh: DISINI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan