Isnin, 18 Mac 2013

IBU HAMIL 8 BULAN DIHUKUM PENJARA 8 BULAN


KOTA BHARU – Kerana memiliki pelbagai jenis dadah tahun lalu Seorang Wanita hamil lapan bulan  dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Nik Habri Muhamad memerintahkan Norhasliza Muhamad, 30, menjalani hukuman tersebut selepas dia mengaku bersalah atas lima pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Mengikut pertuduhan, ibu kepada tiga anak dari Kampung Guchil di sini itu dituduh memiliki 0.17 gram pil kuda, 0.12 gram heroin, 2.18 gram ganja dan 0.01 gram eramin 5.
Dia diberkas di sebuah rumah di Jalan Pondok Pasir Tumboh, Kampung Machang, Limbat, di sini pada pukul 6.45 petang, 2 September tahun lalu bersama tiga lagi lelaki lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan