Ahad, 31 Mac 2013

BUKAN MABUK SEBARANG MABUK TAPI MABUK KETUM !!!! ?

PENGKALAN HULU –31 Mac 2013: Seorang lelaki warga Thailand ditahan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah 30 kilogram daun ketum bernilai RM3,600 dalam bonet sebuah kereta di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan ketika sedang melalui pemeriksaan sekatan jalan raya di Kilometer 4.5, Jalan Pengkalan Hulu–Betong berhampiran Kampung Ayer Panas.

Komander UPP Negeri, Asisten Superintendan Kasturi Othman berkata, permintaan yang tinggi dari negara jiran serta harga mahal menjadi tarikan utama penyeludupan ini.

Menurutnya, sebaik ditahan, penyelia bertugas, Koperal Prida Prak Khim terus meminta empat anggota memeriksa bahagian belakang kenderaan itu.

“Suspek yang berasal dari Narathiwat itu membeli bekalan daun ketum di Alor Setar, Kedah dengan harga antara RM25 hingga RM50 sekilo dan dijual dengan harga pasaran berjumlah RM100 hingga RM120 sekilo.

“Daun-daun ini dibungkus dalam plastik dan diletakkan dalam plastik hitam dalam bonet dengan harapan pihak berkuasa tidak melakukan pemeriksaan pada waktu pagi,” katanya.

Menurutnya, suspek memasuki negara ini pada melalui Bukit Kayu Hitam pada 25 Mac lalu.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dikenakan penjara tidak lebih empat tahun atau denda RM10,000,” katanya.
SUMBER - SINAR HARIAN
Gambar: Patutlah Ramai Yg Mabuk Ketum

* NIhh aku nak pesan sikit .... korang kalau tengok anak2 korang atau sedara mara yg lalok semacam aja tu ..... elok korang check baik2 .... jangan2 ini masalah problemnya tuu ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan