Jumaat, 8 Mac 2013

AQUINO YAKIN WUJUD KONPIRASI !!!! SIASAT JANGAN TAK SIASAT

BACA DAN LIHAT VIDEO YG DISEDIAKAN DAN FIKIRKAN SEJENAK ADA CUBAAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH DEMI KUASA BUKAN APA NAK HARAP MNG NAMPAK JALAN BUNTU SEGALA MACAM USAHA GAGAL APAKAH MATLAMAT MENGHALALKAN CARA RENUNG-RENUNGKAN !!!!!  ?



‎"Berkongsi ilmu"- Al-Maaidah:ayat 77,katakanlah:"hai ahli kitab,janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya(sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka tersesat dari jalan yang lurus."(Al-maaidah)"

Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema (gambar) Khamis.

Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

Katanya lagi : MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan­ sesama kita.

"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat),"

Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan.

"Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan," katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu.

"Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya," kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan