Sabtu, 23 Mac 2013

Anwar hilang keyakinan Menang -TUN Dr. MAHDHIR


Kenyataan Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa dia mungkin bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan almaklumlah dulu dah puas berjanji dan tau taulah klu tunai janji dh tentu boleh mng ni dah mcm tau2 yang org permatang pauh tak undi jer !!!!  ???.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata: “Malaysia negara bebas dan Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain.
“Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tidak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata, beliau mungkin bertanding di kawasan Parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan