ALOR SETAR 23 Mac - Seramai 72 ahli dan penyokong Pas Taman Tunku Yaakub dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130324/po_09/72-ahli-Pas-sertai-UMNO#ixzz2OPpsXib3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Borang keahlian untuk menyertai UMNO itu diserahkan oleh wakil kepada 72 orang bekas penyokong kuat Pas kawasan tersebut iaitu Nazman Baharum.
Salah seorang bekas ahli Pas yang ditemui, Ahmad Man, 47, berkata, mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti itu.
"Selepas 22 tahun menjadi ahli Pas, saya berasa amat kecewa apabila tiada bantuan disalurkan kepada penduduk di kawasan ini sejak Pas mentadbir negeri Kedah.
"Saya juga tidak takut jika kawan- kawan yang menyokong Pas tidak lagi berkawan dengan saya selepas ini," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di Taman Tunku Yaakub di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130324/po_09/72-ahli-Pas-sertai-UMNO#ixzz2OPpsXib3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan