Jumaat, 1 Mac 2013

PR GABUNGAN HARAM... DAN PIHAK SPR AKAN MENGKAJI KEDUDUKAN PAKATAN RAKYAT YG TIDAK BERDAFTAR !!!!!!! ?



PR GABUNGAN HARAM...MACAM LGBT JUGA.Kota Bharu: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji dari segi undang-undang berhubung kedudukan parti pembangkang yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai satu pakatan secara rasmi. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata parti pembangkang di negara ini tidak berdaftar di bawah undang-undang dalam satu gabungan, sekali gus menimbulkan persoalan apa akan berlaku jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. 
“Kita akan teliti perkara itu, akan dapatkan keputusan atau  nasihat perundangan apa kedudukan pembangkang yang tidak berdaftar itu sekiranya menang pilihan raya nanti. Itu yang berlaku apabila pembangkang membentuk kerajaan di sebuah negeri dengan sokongan parti lain selepas tiada satu pun parti yang bertanding mendapat majoriti mudah. 
“Saya tidak kata perkara(pembentukankerajaan 
melalui parti campuran) salah,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra dan taklimat di RTM Kelantan, di sini semalam. 

Beliau diminta mengulas cadangan supaya SPR mengkaji semula kedudukan pakatan pembangkang yang masih belum didaftarkan secara rasmi dalam satu gabungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan