Isnin, 11 Februari 2013

Karpal Ada Bukti Anwar Meliwat…. PANAS....!!!!!!


Kenyataan Presiden Persatuan Peguam Negara (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar didalam Utusan, yang mengatakan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh wajar disiasat kerana mempunyai hubungkait didalam perkara penting bagi kes liwat Anwar patut disokong sepenuhnya.


Ini berkaitan pengakuannya pada 1997 yang mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Sewajarnya perkara sebegini tak harus diambil mudah kerana isu liwat Anwar telah diketahui umum hingga ke luar negara.
Dan kes liwat ini sudah mengambil tempoh yang terlalu lama akibat dari pelbagai perkara-perkara remeh ditimbulkan dari pasukan peguam Anwar. Apa yang kita bimbangkan, rakyat menjadi muak dan memandang rendah keupayaan institusi penghakiman negara didalam menangani kes-kes berprofil tinggi seperti ini.
Karpal Singh yang kini menjadi peguambela kepada Anwar didalam kes liwat tersebut bukan saja mendakwa mempunyai bukti tentang salah laku Anwar, malah Presiden DAP ini juga adalah menjadi orang pertama yang mendakwa Anwar mempunyai salahlaku moral ketika dia masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimana nak membela seseorang anak guam jika peguam tersebut sendiri mengetahui wujud kesalahan yang telah dilakukannya? Inilah yang menjadi persoalannya sekarang.
Jika ada bukti yang boleh mengesahkan perkara ini dipihak Karpal, dia haruslah disiasat bagi mendedahkannya. Kenapa Karpal masih mahu membela seorang individu yang diketahui bersalah? Sepatutnya dia berkerjasama dengan pihak berkuasa negara bagi menegakkan kebenaran, bukannya melindunginya.
Utusan sebagai memetik kenyataan presiden persatuan itu menegaskan bahawa siasatan lanjut harus dibuat terhadap dakwaan Karpal itu bagi menjamin keadilan sebenar dapat ditegakkan. Selain itu, rakyat juga dapat didedahkan dengan sikap sebenar Anwar yang dikatakan sebagai pemimpin anugerah tuhan tersebut.
Walaupun kenyataan Karpal itu dibuat pada tahun 1997, memang wajarlah jika pihak-pihak bertanggung jawab melakukan siasatan dan bertanya Karpal tentang kesahihan dakwaannya itu. Soal lama atau baru tidak timbul kerana isu liwat terhadap Anwar ini bukan lagi sesuatu yang baru kepada rakyat didalam negara.
Yang paling penting, mahkamah perlu mengesahkan samaada benarkah Anwar melakukan perbuatan liwat ini berdasarkan segala bukti yang ada. Dan jika sesiapa yang mendakwa mempunyai bukti, maka perlulah disiasat bagi memastikan keadilan dapat dijalankan sepenuhnya.
Lagipun, kenyataan Karpal ini secara jelas membuktikan bahawa dia tak layak menjadi peguambela kepada Anwar. Dia sepatutnya diletakkan sebagai saksi kerana mendakwa mempunyai bukti penting didalam kes yang sedang berlangsung di mahkamah.
Sekiranya benar Anwar Ibrahim bersalah, maka beliau harus dihukum! Rakyat juga tidak perlu lagi menyokong pesalah seks begini. Rakyat juga tak patut dibiarkan menanti terlalu lama hanya kerana birokrasi pihak mahkamah yang asyik melayan karenah penangguhan kumpulan Anwar .SOS PK-UO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan