Selasa, 15 Januari 2013

VIDEO:BERITA TERKINI - MAT SABU : BUKAN ISLAM BOLEH GUNA KALIMAH "ALLAH"



Nama Nik Aziz telah dikeluarkan dari senarai apakah faktor dia berbuat demikian


Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," demikian kata Bishop Kristian itu,merujuk pada keputusan muktamad PAS pada 2010 yang bersetuju penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.a.t bagi merujuk pada Tuhan Jesus.Pada 15 Mei 2010,Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah bersetuju yang DAP boleh mengguna pakai kalimah Allah s.w.t demi mencapai kepentingan politik mereka termasuklah memasukkan kalimah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu. Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun bercanggah dengan pandangan Timbalan Mursyidul PAS,Dr Haron Din yang membantah sebarang usaha oleh DAP ataupun pihak gereja Kristian daripada memanipulasi kalimah suci tersebut.Pun begitu,pendapat Nik Aziz itu disokong kuat oleh Presiden PAS,Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang berpendapat penganut Kristian atau agama lain tidak wajar disekat daripada menggunakan kalimah Allah s.w.t untuk apa tujuan sekalipun.

Apakah faktor yang menyebabkan Nik Aziz pula mengakui dia kufur apabila mendegar kata2 yang diucapkan oleh Harun Din dan 
Siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah pun kita makin kabur dengan fungsi dalam struktur pengurusan sebuah parti yang makin lama makin kelam kabut, Pas. Siapa yang buat keputusan, siapa yang bagi cadangan dan siapa badan penasihat parti juga bercelaru antara mereka.

Kuasa Presiden ditahap mana, kuasa Mursyidul kuasanya apa dan majlis syura pula berkuasa di bahagian apa?

Sejak dari Nik Aziz menjadi Mursyidul Am maka Pas mengalami satu zaman yang amat sukar dan zaman keruntuhan kepercayaan. Semuanya kerana tiba-tiba sahaja kuasa Mursyidul mengatasi segala kuasa yang ada dalam Pas termasuk kuasa Presiden Parti itu sendiri.

Presiden Parti di pilih melalui proses pemilihan parti bersama jawatankuasa kepimpinan parti yang lain dan Mursyidul Am juga pada mulanya satu jawatan yang hanya disandang untuk setiap 5 tahun bagi orang yang berbeza ianya lantikan , namun Nik Aziz kekal tidak mahu undur bila penggalnya dah berakhir yang mana sepatutnya Harun Din naik menggantikan beliau.

Itu senario penyakit yang amat sukar diubati dalam Pas, sikap bongkak dan keras kepala serta hanya mereka saja yang betul.

Seperti juga Majlis Syura Ulamak Pas, mereka semua dilantik, sama dan tak ubah sedikit pun dari biro Agama UMNO. Hanya ubah nama kononnya di situlah longgokan manusia yang bergelar ustaz atau ulama berkumpul dan berfikir serta keluarkan kononnya 'fatwa'.

Rakyat Malaysia makin keliru dibuatnya, mereka bukan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, mereka hanya sekelompok manusia yang mencipta biro ugama kononnya apa yang keluar dari mulut mereka amat bermakna dan seolah-olahnya fatwa.

Kita di momokkan kononnya mereka adalah sekumpulan Ulamak yang hebat dan lulusan luar negara, Timur Tengah, padahal kelulusan mereka amat diragui, mereka hanya diambil dari pentas ceramah yang mana mencipta nama dengan berceramah maki hamun dan keluarkan hadis quran menghina UMNO BN maka terciptalah sebuah nama. Kalau Mat Sabu itu bergelar Ustaz, nescaya beliau juga bakal diserap masuk dalam Majlis tersebut.

Kita jangan tertipu dengan label yang bermotifkan politik ini. Mereka hanya sebuat gambar lukisan yang cantik tapi tak mampu untuk berkata benar. 

Isu kalimah Allah mereka GAGAL, takut dan bimbang kehilangan undi, isu ini bukan isu baru, dah lama dan pakatan haram dah bersetuju sejak 2010 bahawa Kalimah Allah boleh diletakkan dalam Bible Melayu. Majlis ini kunci mulut dan butakan mata ketika itu.

Kini, mereka tersepit atau sengaja mencipta sebuah lakonan baru supaya segala kerosakan dapat diperbetulkan dalam masa yang singka?

Kini tiba-tiba sahaja kalimah Allah hanya Islam saja yang boleh guna ?
Kini tiba-tiba sahaja Majlis ini menentang Presiden dan Mursyidul Am mereka ?
Kini tiba-tiba sahaja mereka bangkit seolah-olah bagaikan sebuah Majlis Fatwa Malaysia ?

Dah terlambat, rakyat dah tahu siapa mereka dan setahap mana kebolehan mereka. Selepas mensyuarat, setelah 'fatwa' dikeluarkan, semuanya cabut melalui pintu belakang ibupejabat Pas.

Kenapa lari, kalau berani maka siarkanlah pandangan atau keputusan itu. Apakah takut dibuang dari Parti ?

Sekali lagi mereka bakal berpolitik isu kesucian nama Allah swt. Tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan