Rabu, 9 Januari 2013

PERKASA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PENGANJUR PERHIMPUNAN RAKSAKSA SHAMSIDAR !!!!!!


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau Perkasa hari ini membuat laporan polis terhadap penganjur Himpunan Shamsidar yang dijangka akan berhimpun pada 11 hingga 13 Januari ini.

Timbalan Ketua Penerangannya, Abdullah Mansor berkata tindakan berkenaan bagi membolehkan polis melakukan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mendalangi himpunan tersebut selain cuba membangkitkan sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan.

"Kita jangkakan himpunan ini akan diadakan antara 11 hingga 13 Januari untuk mendesak Shamsidar untuk tidak menjadi saksi dalam kes perbicaraan tersebut.

"Kita tolak dan tentang himpunan itu habis-habisan. Kita minta kerajaan bertegas dengan mereka," katanya pada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.

Turut bersama membuat laporan polis ialah lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Kongress Indian Muslim Malaysia (KIMMA), Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (PERINNBAM), wakil persatuan teksi dan wakil persatuan peniaga.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan sebelum ini mendedahkan mengenai rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai Himpunan Shamsidar itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil mengaku menjadi penganjur himpunan tersebut.
Gambar: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau Perkasa hari ini membuat laporan polis terhadap penganjur Himpunan Shamsidar yang dijangka akan berhimpun pada 11 hingga 13 Januari ini.

Timbalan Ketua Penerangannya, Abdullah Mansor berkata tindakan berkenaan bagi membolehkan polis melakukan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mendalangi himpunan tersebut selain cuba membangkitkan sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan.

"Kita jangkakan himpunan ini akan diadakan antara 11 hingga 13 Januari untuk mendesak Shamsidar untuk tidak menjadi saksi dalam kes perbicaraan tersebut.

"Kita tolak dan tentang himpunan itu habis-habisan. Kita minta kerajaan bertegas dengan mereka," katanya pada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.

Turut bersama membuat laporan polis ialah lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Kongress Indian Muslim Malaysia (KIMMA), Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (PERINNBAM), wakil persatuan teksi dan wakil persatuan peniaga.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan sebelum ini mendedahkan mengenai rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai Himpunan Shamsidar itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil mengaku menjadi penganjur himpunan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan