Khamis, 10 Januari 2013

PAS PANDANG MUDAH DOSANYA MAKAN HARTA ANAK YATIM !!!!!!!!! ?


Memakan harta anak yatim adalah dosa yang cukup berat.  Adalah sesuatu yang cukup memalukan bagi PAS. kalau soal anak yatim ini pun Pas tak mampu selesaikan Macam mana rakyat nak percaya mereka boleh pimpin negara ,kemelut Tabung Memali sepertimana yang didakwa oleh bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani meskipun ia membabitkan soal hak anak yatim.Tetapi perkara ini bukannya kecil membabitkan harta anak Yatim,Apa hukumnya memakan harta anak Yatim !!!!!! ?

Malah lebih mendukacitakan parti berkenaan lebih berminat kepada hal-hal lain khususnya perhimpunan yang dijadualkan di Stadium Merdeka Sabtu ini sedangkan isu Tabung Memali ini sudah berlarutan sekian lama.
Mengulas mengenainya Exco Pemuda UMNO, Datuk Zubir Zabidi berkata Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sepatutnya mendahulukan soal berkenaan daripada himpunan pada Sabtu ini kerana dakwaan terbabit cukup berat.
Menurut beliau bukankah dakwaan tersebut melibatkan penyelewengan terhadap hak anak-anak yatim yang sepatutnya mendapat tumpuan khusus kepimpinan Pas apatah lagi ketika ini Pas telah melaungkan perjuangan Negara Kebajikan.
“Tuduhan berkenaan perlu dibersihkan segera dan secepat mungkin. Apakah kepimpinan Pas melihat perhimpunan pada Sabtu ini lebih penting daripada segala-galanya… Apakah kerana Putrajaya soal melibatkan hak anak yatim diketepikan begitu sahaja.
“Ini perlu dijawab oleh kepimpinan Pas…Ini soal amanah. Jangan hanya mengejar kuasa dan kepentingan politik soal Tabung Memali sepertimana yang didedahkan oleh C.N AlAfghani diperam dan dibiarkan berlalu begitu sahaja,
Beliau seterusnya menambah pelbagai persoalan timbul hari ini dan dengan dakwaaan oleh bekas orang kuat Pas sendiri, sudah tentu ianya akan menambahkan lagi pelbagai tanggapan kepada parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam.
“Nak berdemonstrasi…nak berkumpul…nak berpolitik biarlah ada had dan batasannya.Terpulang kepada mereka..tetapi utamakan yang mana patut diutamakan dan yang mana sewajarnya didahulukan.
“Memakan harta anak yatim adalah dosa yang cukup berat.  Adalah sesuatu yang cukup memalukan kalau soal anak yatim ini pun Pas tak mampu selesaikan. Macam mana rakyat nak percaya mereka boleh pimpin negara kalau lah benda yang diharam kan kita buat Pas buat ,kan Haram kita memakan harta  Anak Yatim ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan