Ahad, 23 Disember 2012

LIVE ...DARI PENJARA KAJANG!! SAFWAN ANANG & @ABBY_ABADI112 TERUS BERKUMPUL !!!!


Siapakah yang patut kita persalahkan adakah ibu bapaUmar ini atau Pakatan Pembangkang yang menghasut pelajar ini bertindak tidak menghormati undang2.dari sekolah rendah lagi kita diajar menghormati Rukun Negara tapi yang sedihnya mengkhianati negara apabila tidak menghormati undang2 Negara.

lain kali buatlah kerja yang berfaedah dan tidak menjadi boneka pembangkang bila dah kena tangkapmulalah kata kerajaan zalim padahal siapa yang suruh buat kacau kalau semua berperangai macam ini alamatnya lama dah Malaysia ini tak Aman ini semua terpedaya dengan Amanat Hadi la ni sampai jadi pelampau hati2 pada orang sebegini bagi PM kita kena tegas pada orang yang macam ni pada yang berhimpuntu tangkap jer..Polis harus jalankan tugas jangan di kerana dimanjakan mereka ini mereka pijak kepala kita balik.

Mari kita lihat apa yang mereka buat malam tadi bermulanya dengan Aktivis pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di situ.Umar (di bawah) adalah salah seorang peserta protes 'Occupy

Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas 

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur.

Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP).

Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan.

Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut.

Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ.  

Sekumpulan mahasiswa dan aktivis berkhemah di luar kompleks Penjara Kajang, Kajang malam ini bagi menuntut keadilan ekoran keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi hari ini.

Kumpulan itu memasang lima khemah di kawasan pintu masuk ke penjara sekitar jam 10.30 malam tadi.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang mendakwa matlamat mereka berkhemah bukan bermaksud untuk memprotes, tetapi bagi memaklumkan kepada umum bahawa hukuman yang dikenakan ke atas sahabat mereka adalah tidak munasabah.

"Saya dan rakan-rakan akan berkhemah malam ini sehingga hari Isnin iaitu hari sama Umar akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan.

“Kami sebagai sahabat Umar turut bersolidariti bersamanya walaupun berada di luar penjara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Umar, 23, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kesalahan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapan bulan lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu ke atas Umar yang juga merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta dan hukuman penjara selama sebulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Dalam penghakimannya, Zaki Asyraf berkata, tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Mohd Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguat kuasa DBKL menjalankan tugas.

Umar Muhammad didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu pegawai penguat kuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas menangkap dan mengiringi Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada jam 8.05 pagi, 22 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Safwan menambah, Adam Adli dan Abby Abadi merupakan antara beberapa individu yang hadir memberikan sokongan.

"Sokongan Abby yang susah payah datang benar-benar buat kami terharu.

"Kami benar-benar tidak menyangka terharu orang ramai termasuk beberapa ahli PSM yang prihatin sudi bersama kami dalam perjuangan ini," katanya lagi.

Sehingga jam 10.45 malam tadi, jumlah orang yang hadir beri sokongan telah meningkat 100 orang, ujar Safwan.-SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan