Isnin, 24 Disember 2012

BN Selangor kenal pasti 5,000 individu minat sertai BN

Barisan Nasional (BN) Selangor dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) mesra BN telah mengenal pasti 5,000 individu di negeri ini yang berminat menyertai BN. 

Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata mereka akan menyertai BN secara keahlian terus pada majlis yang akan diadakan sempena Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini.

"Ini adalah salah satu usaha BN bekerjasama dengan NGO untuk mendekati rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-11 Kuil Hindu di Kapar di sini hari ini.

Mohd Zin berkata BN telah banyak menyelesaikan kes rakyat tanpa negara membabitkan India Malaysia dan meminta pihak-pihak tertentu tidak mempolitikkan isu itu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi harapan baru kepada rakyat melalui program kerajaan dan transformasi ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup di negara ini.

Mengulas mengenai karnival selama empat hari yang akan diadakan 29 Dis ini, Mohd Zain berkata orang ramai boleh menikmati kemudahan parkir percuma sepanjang karnival itu berlangsung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan