Sabtu, 20 Oktober 2012

PEMBANGKANG TAK HABIS2 JUAL ISU HUDUD DEMI KEUNTUNGAN POLITIK MEREKA HARI INI.....?


Makin dekat dengan PRU13 makinlah kuat bedok dipalu mengenai hukaum Hudud ini dipalu oleh orang2 Pas ni walaupun "Mereka yang sebenarnya tidak mahu melaksanakan hukum ini kerana mereka sendiri tidak mampu menjalankannya sewajarnya  Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik..hari ini di portal pro pembangkang semuanya cuba mengambil kesempatan dengan isu HUDUD ini dengan menghentam MCA sepatut nya kita yang sesama islam ini wajib menerangkan tentang hudud ni bukan nya jadikan isu ini sebagai modal untuk memecah belah kan keharmonian negara


"Bagi saya hentikanlah perangai menyalahkan orang lain. Jangan salahkan kerajaan Pusat, jangan salahkan UMNO, jangan salahkan MCA sebaliknya salahkan diri sendiri kerana sehingga kini mereka langsung tiada usaha melaksanakan apa yang mereka laung2kan selama ini ini terbukti melalui tulisan saya satu masa dahulu(klick disini)
Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia. Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan.

Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dan lain-lain yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar.
Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya.
Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalah tafsir.
Sukar
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan.
Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.
Tokoh ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi SAW hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim.
Sejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal sudah lagi.
Dalam The Oxford Encyclopedia of the Islamic World, John L Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan.
Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya dilaksanakan beberap tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud.
Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya “An International Call for Moratorium on Corporal Punishment” pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah.
Demikian juga tokoh fikah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalamFatawa Mustafa al-Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.

Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan; pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya.
Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji.
Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana Muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”.
Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud. Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud.
Dalam erti kata lain, persekitaran yang membolehkan hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan.
Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.
"Hakikatnya, Pas sendiri tidak berniat dan tidak mampu melaksanakan hukum Allah ini mengapa mereka cuba menjual isu ini demi kuasa politik yang diinginkan mereka ini fikir2kan lah sahabat2 PENDEKAR MELAYU SEMUA...,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan