Rabu, 24 Oktober 2012

MAAF DR KHIR TOYO TAK BERMAKNA RONNI LIU BOLEH TERLEPAS DARI TUDUHAN RUMAH SUNDAL SELANGOR ?


Permohanan maaf yang dibuat oleh bekas menteri Besar selangor iaitu Dr. Khir Toyo tidak bermakna yang Ronnie Liu akan terlepas. Ini mengikut pandangan kita kerana setelah meneliti ucapan beliau di Blog miliknya sendiri dan PM menjangkakan memang benar dan tepat pada masanya beliau membuat kenyataan itu dan pada Ronie Liu jangan ingat anda selamat dari tuduhan itu kerana perkara ini masih dalam pemerhatian.

Bercerita mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Bekas Menteri Besar Selangor ini, pelbagai kesimpulan dan tanggapan telah dibuat sama ada dari ahli UMNO atau puak pakatan. Ada yang marah, tidak puas hati, keliru dan bermacam-macam lagi respon yang diterima dalam blog Dr. Khir Toyo.

Seorang rakan yang agak rapat dengan Dr. Khir Toyo telah menceritakan sebab mengapa ADUN Sungai Panjang ini meminta maaf kepada Ronnie Liu tanpa bersyarat. Ini bermakna jika Dr. Khir sanggup meminta maaf kepada Ronnie Liu maka kes kononnya memfitnah beliau berkenaan kes rumah urut tersebut selesai dan Ronnie Liu tidak meminta apa-apa syarat pun walaupun untuk membayar kos guaman beliau.

Walaupun kes ini telah selesai, namun ini tidak bermakna yang Ronnie Liu tidak bersalah. Laporan polis telah dibuat pada tahun 2007 berkenaan kes menghalang penjawat awam menyerbu dan menyita rumah urut di Subang Jaya.

Tuduhan Dr. Khir berasas dan bukan beliau yang membuat laporan polis tersebut tetapi oleh seorang Pegawai Penguatkuasa MPSJ pada 02 November 2007. Kes mahkamah masih boleh berjalan untuk mendakwa Ronnie Liu jika Pegawai Penguatkuasa tersebut meminta untuk dibicarakan dan dibuka fail kes siasatan tersebut.

Jadi jangan ingat pemimpin DAP Ronnie Liu tidak bersalah totally. Dr. Khir hanya mahu berundur untuk menumpukan perhatian pada kes fitnah Ng Suee Lim. Biarlah apa orang nak kata. Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Berapa orang sangat pemimpin kita yang berani meminta maaf selain Perdana Menteri yang sanggup menurunkan sedikit ego mereka untuk meminta maaf kepada orang lain.

Jangan terus menuduh jika tidak tahu hujung pangkal.

BACA SETERUSNYA UNTUK INFO PENUH DI BLOG SAHABAT PM JAWABER6
(DISINI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan