Isnin, 3 September 2012

WAYANG NIK AZIZ DAN AN WAR..TERKANTOI..ISU JALUR GEMILANG ?


Apa lagi yang anwar dan nik aziz nak sorokkan dari kita semua penafian demi penafian ingat orang nak percaya ker,tak payah lah nak berdalih2 lagi semua orang dah tau beb....itu semua wayang belaka admin rasa nak tergelak tengok berita tgh hari tadi dalam berita TV3 hari ini,sungguh biadap pada orang yang sanggup mencampurkan kedaulatan Negara dengan Politik ini.


"Kalau orang bukan Islam buat lainlah ini gambar tu (gambar yang disiarkan media dan internet) nampak Melayu. Kita orang Islam diajar kita jangan buat benda yang kalau orang lain buat pada kita, kita marah maka ini tidak patut berlaku,



Tindakan tidak bertamadun itu dilakukan pada penganjuran perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu sempena sambutan ambang merdeka.

Aksi tidak senonoh individu-individu berkenaan kini tersebar luas di laman sesawang dan mengundang kemarahan orang ramai malah pelbagai pihak mendesak pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.


Diharap mereka yang cuba menukar jalur gemilang dan individu yang memijak pemimpin kesayangan kita ini mendapat pengajran yang setimpal atas perbuatan khianat pada jalur gemilang...
Segala usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti pakatan rakyat kerana terbukti dari pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, terburai dan diketahui umum.


Najwan ingin mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa  yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei satu masa dulu.


Pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadila

n Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.

Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.


Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.
PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.

Pada 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.
PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Dalam usaha Pakatan Rakyat merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM


Jadi bagi saya tak payah lah nak nafikan apa yang dah korang rancang tu puak pakatan nya,lama2 orang akan meluat tengok kebiadapan yang terang2 yg pakatan buat pada hari ni semoga rakyat pandai menilai bagaimana ketaksupan Pemimpin pakatan yang tak sepakatan ni cuba menjahanamkan Negara Malaysia tercinta Tanah tumpah darahku dan darah mu jua......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan