Katanya, Majlis Agama Islam Pulau Pinang di negeri yang dikuasai DAP itu perlu mengambil tindakan segera ke atas dakwaan berkenaan.
Kita minta MAIPP mengambil tugas dan tanggungjawab supaya hal seperti ini tidak boleh dibiar begitu sahaja. Saya seru MAIPP yang dipimpin DAP perlu bergerak cepat," kata Jamil pada satu sidang media hari ini.
Kita ada jawatankuasa di peringkat kebangsaan untuk mengambil tindakan bagi sebarang gerakan atau tarikan yang bersifat untuk memesongkan ajaran Islam. Ia juga terlindung di bawah peruntukan akta majlis negeri masing-masing," katanya.
Dakwaan berkenaan, seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini, mula timbul apabila dibangkitkan oleh satu kumpulan yang dinamakan sebagai Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan.
Menurut laporan tersebut, kumpulan itu mendakwa "wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan sekitar Pulau Pinang menggunakan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan