Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 12 Jun 2017

Rafizi belum jawab berkenaan dana 26juta cuma berdolak dalik sahaja

Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan dana kewangan sebanyak RM 26juta itu hangat diperkatakan dikalangan rakyat. Namun perkara itu hanya dinafikan secara kosong oleh Rafizi sehingga hari ini tiada satu pun jawapan yang diterima dari pihak pihak yang berkenaan

Menyangkal penafian yang dibuat oleh Si Rafizi itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa penafian itu hanya merupakan satu pembohongan yang telah dilakukan oleh Rafizi.

Malah Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution WAJB menjelaskan benar kah John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya.

Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya,” kata beliau dalam satu kenyataan media di blognya, Rabu.

Sementara itu, Si Chagubard yang digantung keahlian oleh PKR sejak tahun 2014 mendakwa mengenali jutawan berkenaan serta mengetahui hubungan antara John Soh dengan PKR.

“Siapa dia John Soh? Jujurnya, saya kenal John Soh secara peribadi. Saya pernah beberapa kali duduk bersama untuk makan tengahari, minum petang dan naik kereta bersama ketika saya menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

“Peranan John Soh pada satu ketika dalam ‘circle Anwar’ amat kuat sehingga dia pernah beberapa kali hadir dan duduk dalam mesyuarat MPP PKR,” katanya lagi.

Persoalannya, jika benar PKR tidak terlibat dengan dana kewangan sebanyak RM 26 juta seperti mana yang didakwa oleh Si Chagubard ini, kenapa parti itu tidak mengambil tindakan?untuk lebih telus elok sangat dana politik wajib dibentangkan supaya rakyat tahu dari sumber mana datangnya dana itu

Perkara ini wajar dibimbangi pihak yang memberi dana ada agenda tersembunyi bukanya apa sahabat pm semua jika dana itu datangnya dari yahudi rasa radanya sahabat pm semua pun tahu kenapa pihak berkenaan sanggup menaja pembangkang di Negara kita

Tukar Kerajaan Belum tentu bawa Kebaikan

KUALA LUMPUR  – Walaupun menukar kerajaan se­ring dilabel sebagai kebangkitan rakyat, namun berdasarkan banyak bukti, perubahan yang diharapkan itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Pada PAS menukar sebuah kerajaan yang sedang memerintah belum tentu membawa manfaat kepada rakyat sekiranya parti politik baharu yang dipilih gagal me­laksanakan perubahan seperti diharapkan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  ini dapat dilihat berdasarkan keadaan di beberapa negara apabila kerajaan baharu yang dipilih gagal menguruskan perubahan telah menyebabkan keadaan lebih porak-peranda dan akhirnya mengakibatkan berlakunya campur tangan kuasa asing.

“Bukan politik untuk menukar kerajaan sahaja yang utama tetapi menguruskan perubahan adalah lebih penting berbanding perubahan (kerajaan)", kata Tuan Ibrahim.

“Lihat sahaja di Iraq dan di Asia Barat apabila perubahan gagal diuruskan. Kita tolak rasuah dan salah guna kuasa, tetapi apabila perubahan yang dijanjikan tidak dilaksanakan dengan baik, keadaan menjadi lebih buruk,” katanya lagi  semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan PAS Pusat di sini malam semalam. 

Menurut, Tuan Ibrahim beliau  sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa PAS sedang bekerjsama dengan UMNO tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.

“Pas mahu membawa gagasan politik yang matang. Kita mahu berubah daripada politik maki hamun kerana generasi kini sudah berubah, bukan lagi generasi seperti zaman sebelum merdeka,” katanya.

Beliau juga yang memangku tugas presiden parti berkata, tumpuan PAS ialah menjadikan Islam sebagai rahmat kepada rakyat serta menyelesaikan masalah kemiskinan dan perpaduan negara.

Sumber: Utusan 

Sabtu, 10 Jun 2017

DEKODER MYTV PERCUMA UNTUK PENERIMA BRIM DAN RM200 BAGI YANG INGIN MENDAPATKANYA

Dekoder MYTV Djual Dengan Harga RM200

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan "PERCUMA" secara berperingkat peringkat  kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.

“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya .

Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.

Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.

Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.

Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.

Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.