Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 3 Jun 2014

Umno beri ibu Dyana Sofya surat tunjuk sebab – Ku Nan

Kalau dalam Perkasa boleh meletak jawatan secara terhormat ,mengapa tidak dalam Umno?kami tidak mahu pejuang yang bermuka muka dalam Parti !!!
KUALA LUMPUR – Umno sudah memberi surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu kepada calon DAP di Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berhubung penglibatannya semasa tempoh kempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan baru-baru ini, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata, surat itu diserahkan kepada Yammy awal hari ini.
“Saya serahkan surat tunjuk sebab kepada dia, bertanyakan kenapa dia tidak boleh digantung atau dipecat daripada Umno,” kata Tengku Adnan, ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sejambak Budi Terima Kasih Cikgu anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Adnan berkata, Yammy diberikan tempoh 14 hari untuk menjawab surat berkenaan.
“Saya juga nyatakan dalam surat itu, Umno sedar yang bertanding dalam pilihan raya itu adalah anaknya,” katanya

Tiada ulasan: