Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 3 Mei 2014

UMNO Sentiasa Konsisten Terhadap Perjuangan Islam Laksana Hudud

UMNO tidak pernah menolak hukum hudud malah UMNO sentiasa memberi dokongan kepada cadangan melaksanakannya yang merupakan hukum qati’ie (yang tidak boleh dipertikaikan) selagi ianya berlandaskan hukum Islam sepenuhnya, berdasarkan kepada nas (Al-Quran dan Hadith), Ijmak Ulama’, dan Qiyas dan bukannya berdasarkan hukum politik.
Naib presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai salah seorang pemimpin UMNO, beliau sentiasa mendokong pendirian tersebut dan sentiasa menyokong kenyataan yang pernah dinyatakan oleh Presiden parti dan timbalannya yang mengalu-alukan cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah Islam di negeri tersebut asalkan ianya berlandaskan hukum Islam sepenuhnya.
“Tetapi sekarang, saya ingin bertanya kepada Pas, adakah Pas benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud ataupun ada agenda tersembunyi? Ini kerana kenyataan terkini Teresa Kok di dalam portal Malaysiakini Online pada 29 April yang lalu, Pas mengambil inisiatif melaksanakan hudud adalah untuk mengelakkan kehilangan sokongan orang melayu.
naib-presiden-umno-ahmad-zahid-hamidi-sidang-media-hudud-pas-pwtc
“Kenyataan ini seakan-akan memberi gambaran bahawa Pas tidak ikhlas di dalam melaksanakan hudud dan Pas menyahut cabaran UMNO untuk melaksanakan hudud hanyalah kerana survival politik mereka sahaja.
“Jika benar kenyataan yang dikeluarkan oleh Teressa Kok ini, maknanya penyokong Pas selama ini telah ditipu melalui taktik politik Pas yang hanya mahu menarik sokongan orang Melayu kepada Pas,” jelasnya dalam satu sidang media berkenaan hudud di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.
Tambah Zahid, kenyataan Teressa Kok seakan ingin membuka pekung dan tembelang Pas yang tidak ikhlas di dalam menegakkan hukum hudud.
Namun begitu tegas Zahid, pendirian UMNO pula tetap konsisten denan menegakkan perjuangan Islam. Bukan sahaja terhadap hukum jenayah Islam tetapi maslahah Islam itu sendiri yang bersandarkan kepada maqasid Al-Syariah.
“Melayu Islam di negara ini juga wajib menerima hukum hudud yang berlandaskan empat perkara penting iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama’ dan Qiyas,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

Tiada ulasan: