Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 10 Mei 2014

Penulis blog seks terbit buku

Alvin Tan yang penuh dengan dengan kontrovesi kini menerbitkan buku “Sex, Pork, and Persecution” yang menceritakan kisah perjalanan hidupnya daripada seorang pelajar undang-undang terbaik di universiti sehingga diheret ke mahkamah selepas didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.



Tan yang pernah dikecam kerana menyiarkan gambar bertulis  ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan) di Facebook, bagaimanapun menafikan mengambil sebarang keuntungan hasil jualan buku tulisannya sendiri itu.
“Saya gigih berusaha sehingga buku ini berjaya dipasarkan kerana penerbit, pengedar, syarikat percetakan terutamanya penjual, walaupun tertarik dengan potensi jualan buku ini tetap bimbang akan dikenakan tindakam mahkamah oleh kerajaan.
“Industri penerbitan dikawal ketat oleh kerajaan, dan semakin banyak syarikat penerbitan gulung tikar selepas dipaksa tutup oleh kerajaan kerana mengeluarkan buku berunsurkan politik.
“Satu keajaiban kerana saya jumpa pihak yang sanggup mengambil risiko ini walaupun tahu kelantangan saya ini bakal memberi peluang kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), polis,mahkamah dan penjara mengenakan tindakan terhadap saya,” katanya melalui akaun Facebook “Alvin and Vivian-Alvivi”.
Menurut Tan, buku indie itu kini berada di pasaran dengan harga promosi RM29.95 dan akan dilancarkan di kedai buku Silverfish Books di Bangsar.
Dikenali sebagai ‘Alvivi, Tan dan pasangan kontroversinya Vivian Lee bagaimanapun dilaporkan berpisah hujung tahun lalu.

Tiada ulasan: