Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 11 Mei 2014

PEMILIHAN PKR DI SELANGOR PUNAH RANAH MALAH S MANIKAVASAGAM ADA BUKTI KHALED IBRAHIM RASUAH PENGUNDI !!! 5 CABANG DI BATAL PEMILIHANNYA

Hari ini, proses pemilihan dijalankan di Selangor. Selangor merupakan negeri terakhir yang menjalankan proses pemilihan untuk jawatan-jawatan utama dalam PKR. Bagaimanapun, proses pemilihan di seluruh Selangor tidak berjalan lancar apabila sekurang-kurangnya 5 Cabang telah dibatalkan pemilihannya.

Kelima-lima Cabang tersebut adalah Kelang, Sabak Bernam, Subang, Kuala Selangor dan Sungai Besar. Kesemua Cabang-Cabang tersebut telah diarahkan untuk menunda proses pemilihan masing-masing ekoran timbul pelbagai masalah. 

Di Kelang, satu pertengkaran telah tercetus di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Kelang pada jam 12:15 tengah hari sehingga 12:30 tengah hari. Calon-calon Ketua Cabang iaitu Arayah Ibrahim, Zudin Asmah dan P.Krishnasamy telah melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap wakil JPP. Calon-calon telah meminta agar pengundi pada hari ini dibatalkan dengan alasan nombor siri daftar pengundi tidak sama dengan senarai yang ada pada calon dengan senarai JPP.

Seorang lagi calon Ketua Cabang, Yew Boon Lye tidak menghadapi sebarang masalah atau rungutan. 

Perbincangan selama 10 minit kemudiannya telah merumuskan bahawa kedua-dua belah pihak bersetuju, pemilihan diteruskan dan semakan secara manual (8 kaunter) iaitu dengan berpandukan kepada nama dan nombor kad pengenalan, tidak lagi berpandukan kepada nombor siri buku daftar pengundi. 

Seramai lebih kurang 300 orang ahli sahaja daripada 700 orang ahli yang hadir semenjak jam 10:00 pagi telah berjaya melaksanakan pembuangan undi. 

Jam 12:50, 3 daripada 4 calon Ketua Cabang (kecuali Yew Boon Lye) masih tidak berpuas hati dengan penjelasan JPP dan berkeras meminta agar proses pengundian dihentikan. Calon-calon dan para penyokong masing-masing seterusnya berkumpul di hadapan pintu masuk utama Kompleks Sukan Pandamaran untuk melakukan protes. Protes itu menyebabkan proses pengundian tergendala seketika. 

Sekali lagi perbincangan dilakukan. Pihak JPP telah membenarkan proses pengundian diteruskan tetapi calon-calon Ketua Cabang yang tidak berpuas hati telah menghalang mana-mana pengundi daripada masuk mengundi. 

Berang dengan keputusan JPP membatalkan proses pengundian dan pemilihan di Kuala Selangor, calon Ketua Cabang, S.Manikavasagam mengeluarkan kenyataan kononnya seorang lagi calon Ketua Cabang, Khalid Ibrahim telah merasuah ahli-ahli PKR Kuala Selangor sebanyak RM50 seorang bagi memberikan undi kepadanya.

S.Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike juga berkata, dia mempunyai bukti salah laku, penyelewengan serta kerjasama antara JPP dengan Khalid Ibrahim bagi membolehkan Menteri Besar Selangor itu menang.


Cerita berkenaan ketidakpuasan hati calon-calon yang bertanding, selain kekecohan akibat pergaduhan antara para petugas dan penyokong dalam PKR, hari ini menjadi buah mulut. Hari ini, Selangor menjadi negeri terakhir yang menjalani proses pemilihan dan pengundian.

Setakat artikel ini ditulis, 9 Cabang telah digantung, ditunda atau dibatalkan proses pemilihan kerana pelbagai sebab.

BUTIRAN BOLEH DIBACA DI THE SELANGOR CHRONICLE.

Tiada ulasan: