Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 12 Mei 2014

HUDUD: "Hudud in Malaysia, Can We? Should We?," anjuran Biro Undang-undang Pemuda MCA, Buat DAPig Pengsan ?

Pendekatan yang diambil oleh UMNO dalam memberi penjelasan kepada komponen Barisan Nasional mengenai Hudud mula membuatkan Pas serta musuh Hudud no satu Negara pengsan apaabila umpan mereka memancing undi melayu sering di bocorkan oleh dap sendiri dan  jika di lihat dari konsistennya mereka menentang Hudud itu sudah jelas tak perlu di persoal lagi terutama langkah mayat kami kalau mahu laksana hudud dan Negara Islam.

Malah seperti kita sedia maklum Pas sudah mengumumkan akan menangguhkan draf tentang Hudud untuk di bentangkan seakan akan termakan dari gesaan Dapigs yang menegaskan konsisten menolak Hudud selama ini


Forum ini dianjurkan di Wisma MCA ini juga turut disertai oleh Presiden Peguam Syarie, wakil Pemuda UMNO serta wakil pemimpin dari kalangan PAS sendiri dan yang pastinya kita dapat melihat bagaimana usaha kita memberi pemahaman tentang Hudud akan tetapi mampukah pas menyekolahkan Dap malah Pas langsung tidak mampu menyekolahkan PKR dan ternyata Anwar sampai sekarang cuba menzipkan mulutnya demi menjaga hati tuan besar Dapig


Nik Aziz tu sendiri pernah suatu ketika dulu berkata, PAS akan  berjumpa dengan DAPigs bagi menjelaskan mengenai isu Hudud dan yakin Dapig akan menerimanya tapi perkara sebaliknya yang telah berlaku hari ini pas umumkan tentang apa apa berkaitan Hudud tak sampai sehari dapat jawapan dari Dapigs yang akan menjelaskan Konsisten tolak hudud dan itu bukan persetujuan pakatan kita dah berjanji melaksanakan apa yang di persetujui ''tiada Hudud tiada Negara Islam''.



KUALA LUMPUR - Salah faham mengenai hudud timbul kerana ia tidak disebut bersekali dengan takzir yang juga sebahagian daripada Undang-undang Jenayah Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie, Musa Awang.    
Beliau berkata takzir adalah undang-undang buatan manusia yang dilaksanakan bagi memastikan pesalah tetap dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.       
"Ramai yang melihat undang-undang Islam itu hanya hudud sahaja dan hukumannya kejam seperti potong tangan dan ini perlu diperbetulkan.   
"Sedangkan mereka tidak tahu bahawa jika seseorang itu melakukan kesalahan di bawah hukum hudud tetapi tidak dapat dibuktikan bersalah kerana kadar pembuktian yang tinggi, maka kesalahan itu jatuh kepada takzir," katanya.    
Beliau berkata demikian ketika menjadi anggota panel forum "Hudud in Malaysia, Can We? Should We?," anjuran Biro Undang-undang Pemuda MCA, di sini hari ini. 

Panel lain pada forum sehari itu termasuk Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad, Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.   
 
Fathul Bari yang senada dengan Musa berkata, lain-lain pembuktian selain daripada yang termaktub di dalam al-Quran boleh diguna pakai untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah mengikut takzir.      
 "Orang ramai perlu tahu bahawa walaupun hudud memerlukan empat saksi lelaki tetapi jika syarat itu tidak dapat dipenuhi maka lain-lain pembuktian seperti CCTV (kamera litar tertutup) dan cap jari boleh digunakan untuk mengenakan sesuatu hukuman," katanya.    
Beliau berkata bukan semuanya dihukum di bawah hudud, kerana apa yang lebih penting ialah hudud untuk memberi pengajaran kepada orang ramai bukan untuk menghukum semata-mata.    
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon ketika ditemui berkata pihaknya menyambut baik pendekatan Umno untuk mengkaji kekangan kekangan dalam pelaksanaan hudud termasuk pembentukan jawatankuasa teknikal bersama kerajaan negeri Kelantan bagi membincangkan secara lanjut mengenai isu itu. 

Sin Woon berkata, MCA akan terus mengadakan forum sedemikian kerana ia merupakan platform terbaik untuk semua pihak tanpa mengira perbezaan agama dan politik bertukar-tukar pandangan selain membincangkan hudud secara lebih mendalam.  
 
 "Kita mendapat banyak pandangan yang berbeza, membuka mata kita terutama daripada perspektif seorang bukan Islam melihat para pemikir serta wakil parti politik daripada Umno dan Pas memberikan satu hujah yang baik dan dari pelbagai perspektif," katanya.    
Forum itu diadakan susulan cadangan Pas membentangkan rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan ke Parlimen.    
Bagaimanapun Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat hari ini setuju menangguhkan hasrat itu bagi memberi tempoh masa kepada Jawa‎tankuasa Teknikal antara Putrajaya dan kerajaan negeri Kelantan meneliti serta mengemukakan cadangan tindakan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan. - Bernama
Disini sahabat pm nilaikanlah apakah hasil anda untuk menyokong Pas yang sering memainkan isu hudud dalam masa yang sama gagal memberi penerangan pada bos besar pakatan tentang perkara tersebut jadi kit nilaikan siapa kafir harbi dan siapa kafir zimmi..  

Tiada ulasan: