Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 24 Mei 2014

Harga Tiket Lawat Panda Tidak Lebih RM20 Yang bakal membuatkan Keluarga Pakatan Pembangkang yang beratur masuk dulu ?


Kekehadiran dua ekor panda gergasi China yang dipinjamkan kepada Malaysia melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi, Rabu lalu sewajarnya dilihat secara positif malah pakatan pembangkang perlu melihat secara terbuka dengan memahami keseluruhan kesinambungan perjalanan hubungan yang terjalin antara Malaysia dan China serta menyelami maksud simbolik kehadiran panda terbabit
Pakatan pembangkang mempertikaikan jumlah perbelanjaan untuk pemeliharaan dan penjagaan pasangan panda terbabit yang berjumlah RM25 juta sedangkan nilai perdagangan untuk eksport kita ke China sahaja berjumlah USD100 bilion setahun.
“Kita perlu bijak membuat kira-kira, jangan hanya berfikir ikut sedap diri sendiri atau untuk agenda politik tetapi kita perlu menyelami manfaat yang bakal kita peroleh. Dari sudut ekonomi misalnya, tentunya apabila ekonomi kita bergerak mapan maka dan mempunyai jaminan untuk jangka masa panjang maka secara automatik kemajuan negara dapat dicapai
KUALA LUMPUR, 23 Mei  - Harga tiket untuk melawat pasangan Panda mungkin tidak lebih daripada RM20 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.
Palanivel berkata Zoo Negara belum memutuskan harga sebenar tiket itu apabila orang ramai berpeluang melihat Panda jantan Fu Wa dan Panda betina Feng Yi bulan depan.
Kerajaan China meminjamkan pasangan panda itu kepada Malaysia selama 10 tahun dan haiwan tersebut selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Rabu.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Herba Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, Palanivel berkata industri herba tempatan mampu menjana pulangan lumayan berdasarkan permintaan terhadap produk herba meningkat kepada US$93.15 bilion pada tahun 2015.
Pameran itu bertujuan menggalakkan kerjasama penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam kalangan usahawan, pengeluar produk dan penyelidik herba tempatan selain memperkasakan keyakinan orang ramai terhadap potensi dan khasiat herba sebagai rawatan alternatif.
Lebih 40 usahawan industri herba tempatan menyertai pameran berkenaan yang diadakan bermula hari ini sehingga Ahad.

Tiada ulasan: