Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 14 Mei 2014

Gelar PKR Parti Kelentong Rakyat atau Parti Samseng/ Gangster Rakyat Azmin marah tak? – Cheng Guan

PKR  nampaknya sekali lagi cuba bermain dengan Politik kotor dengan cubaan memburuk burukkan parti yang bertanding di Bukit Gelugor  dan seperti sahabat pm ketahui sebelum ini mereka sering memburuk buruk kan Umno demi menawan hati pengundi  dan kali ini situasi berbeza apabila BN tidak bercadang meletakkan calon
Kalau didalam pemilihan parti PKR pun mereka sering membuat tuduhan sesama mereka ini kan pula bukan dari pakatan mereka sendiri dan terbaru  Parti Cinta Malaysia jadi mangsa keadaan dan yg pm peliknya mengapa PKR tidak berani berpolitik secara positif yakni dengan cara yang sihat
Menurut Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan seperti yang admin petik dari sumber tertentu pcm akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Azmin Ali yang merujuk penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sebagai “Parti Cari Makan”.
Dalam kenyataanya seperti yg pm petik tuduhan Timbalan Presiden PKR itu turut mendakwa BN tidak mampu meletakkan seorang calon sebaliknnya melantik PCM untuk bertanding.
Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan  menegaskan bahawa beliau memandang serius kenyataan Azmin PKR yang melabelkan PCM sebagai ‘Parti Cari Makan’ semalam.
Beliau menjelaskan perkara ini akan kita bincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (MJP) parti akan datang. Selepas PRK nanti kita akan tengok apa tindakan yang boleh diambil.
Menurutnya lagi“Kalau saya panggil PKR sebagai Parti Kelentong Rakyat atau Parti Samseng/ Gangster Rakyat dia mesti marah juga,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan PCM, Air Itam sebentar tadi.
Cheng Guan juga mencabar Azmin membuktikan tuduhan bahawa beliau adalah proksi BN.
“Kalau dia kata PCM proksi BN sila tunjukkan bukti, itulah yang bijak dan terbaik untuknya. Kalau nak cakap. semua boleh cakap apa jua sesuka hati. Dalam musim pertandingan PKR semua calon PKR ambil kesempatan untuk mempopularkan diri menerusi kenyataan-kenyataan berikut.
“Saya rasa pihak PKR lebih baik selesaikan masalah dalaman mereka, jangan sibuk mencampuri hal kami dengan melemparkan pelabgai tuduhan tidak berasas. Kalau berani tunjuk bukti,” katanya lagi.
“Dia tidak akan terlepas, tetap akan berdepan tindakan. Semasa proses penamaan calon semalam. Saya melihat gelagat banyak ahli DAP melaung nama PCM sebagai cari makan.\
“Namun, kami tidak gentar,, mungkin mereka takut kami akan menang. Mereka perlu belajar menghormati calon lain dengan menunjukkan sikap profesional,” tegasnya.
Pada PRK kali ini, Selain Cheng Guan, tiga lagi calon bertanding iaitu Ramkarpal Singh (DAP), Mohamed Nabi Bux (bebas) dan Abu Backer Sidek Mohmad Zan (bebas).

Tiada ulasan: