Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 Mei 2014

400 Ribu Guru Akan Di bekalkan Dengan Net book 1 Malaysia

Netbook 1Malaysia akan turut diberikan kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam catatan laman Facebooknya, beliau berkata perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.

Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya.

“Ini adalah hadiah yang bermakna sekali di Hari Guru  untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru,” katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.

Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.-Bernama

Tiada ulasan: